Tanam Baju Seksi Demi Penghijrahan, Wanita Ini Tak Mahu Dosa Terus Mengalir Jika Sedekah

Proses berhijrah bukan lah satu perkara yang mudah malah ianya memerlukan iman yang tinggi serta istiqamah dalam apa yang dilakukan.

Sebab itulah ada yang tampil mengenakan hijab dan berpkaian mengikut syariat islam namun akhirnya kembali ‘hanyut’ dengan dunia mereka semula.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menarik perhatian ramai setelah menanam kesemua baju yang masih elok dan cantik.


Memetik laporan mStar, ianya merupakan baju yang mendedahkan aurat dan baginya tidak sesuai untuk disedekahkan atau dihantar ke pusat pengumpulan baju terpakai bagi golongan yang memerlukan.

Berpegang pada prinsip ‘enggan menyebarkan dosa’, dia berharap agar warganet tidak mempersoalkan tindakannya itu.

“Baju seksi tanam saja… kalau prelove (terpakai), nanti kakak pula tanggung dosa hampa (kamu). Zaman muda jahil, tak dengar ceramah agama.”

“Sekarang masih banyak baju-baju cantik dan branded kak Tasha tak tanam dan nak jual murah-murah. Kalau ada yang berminat dengan baju, kasut, jam, buku-buku, baju budak dan permainan… serendah 10sen.”


“Cepat grab, doakan kak Tasha sihat. Semoga banyak lagi rezeki kita dapat kongsi bersama,” ujarnya.

Difahamkan, wanita ini yang memagang nama Amylia Nastasha Aziz yang pernah berkhidmat sebagai kru kabin sejak 2010, pakaian tersebut sudah lama terperam di dalam almarinya iaitu sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, ia susulan penghijrahan yang dilakukan semasa masih bekerja dalam profesion tersebut sekitar 2016.

“Semasa kerja akak terpaksa buka tudung, kemudian apabila di luar waktu kerja akak akan kembali memakainya.”

“Baju-baju seksi seperti itu memang dah lama terperam dalam almari. Ada juga yang dibeli tapi tak sempat dipakai… terus sahaja dilupuskan.”

“Lagipun akak nak kosongkan almari yang ada,” luahnya yang berhijrah kerana ingin menjaga diri daripada pandangan orang lain.

Merupakan anak tunggal dan hidup sebatang kara, Tasha mengakui dia tidak mempunyai tempat untuk membuat ‘rujukan’ melainkan hanya mendengar ceramah agama.

Disebabkan itu, anak jati Pulau Pinang ini mengambil keputusan untuk menanam pakaian berbanding memberikannya kepada orang lain kerana bimbang terpaksa menanggung dosa si pemakai.

Video yang tular:

@tashaempire Masa Berlalu .. Masa banyak pemgajaran kita . Bila semakin dewasa .. Korang boleh pergi Shopee : TashaEmpire2.Preloved untuk dapat kan baju2 Kak Tasha yang elok2 to bkn baju seksi 🤪 banyak giler baju murah2 kak tasha nak let go .. #preloved #prelovedmurah #branded #bajumahaljualmurah #tashaempire #prelovedbranded #prelovedbaju #prelovedclothes #prelovedkasut #prelovedjam #murahmurah ♬ original sound – 🏴‍☠️XxXBEN_C||R||🏴‍☠️