Kaki Tersepit Dalam Lubang, Gelagat Dua Beradik ‘Santai’ Tepi Jalan Tunggu Bomba Buat Netizen Terhibur

Malang tidak berbau. Itulah pepatah yang seringkali kita dengar sejak dahulu. Manakan tidak, terkadang kita sudah ‘extra’ berhati-hati tapi kalau benda nak jadi, tetap jadi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kaki seorang pemuda terjatuh ke dalam sebuah lubang yang berada di jalan raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @repeeace, lelaki tersebut dipercayai terjatuh sebelum kakinya tersepit di dalam lubang tersebut.

Adik beradiknya yang turut berada di tempat kejadian bagaimana pun pada awalnya tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat adiknya yang terjatuh.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali percubaan mengeluarkan kaki tersebut tidak berjaya, dia akhirnya menghubungi anggota bomba bagi menyelesaikan masalah itu.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memotong penghadang besi menggunakan alatan khas dan akhirny kaki pemuda ini dapat dikeluarkan.

Kakaknya juga sempat berkongsi gambar terkini kaki adiknya yang kelihatan membiru dan lebam gara-gara terjatuh ke dalam lubang tersebut.


Apa yang lebih melucukan adalah, kelihatan mangsa berkain pelikat dan jalan terhincut-hincut saat dibawa pergi menonton wayang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui begitulah hubungan adik beradik yang mana akan ketawa dahulu sebelum membantu.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan ianya video terjatuh lubang paling ‘santai’ setakat ini kerana siap boleh duduk di tepi jalan dan berpayung seperti berkelah.

Ada juga netizen yang berseloroh mengatakan lebih enak jika ada kopi dan juga cekodok untuk dimakan sambil tunggu pihak bomba.

Antara komen warga maya:

“adik beradik atau sahabat.. kita jatuh ke apa dia tak tolong dulu tauu.. dia gelak duluu”

“Mula2 nak kesian tapi tengok kakanya gelak terus gelak sekali”

“muka member redha pasrah menyerah dah tu”

“Kemalangan paling santau tahun 2022”

“Patutnya siapkan cekodok & air kopi.. baru bersantai kita..”


Video yang tular di laman TikTok:

@repeeacesian member

♬ Sampai Disini Saja – Andika BuncAzca & ABRIDA & Thalia Wanda Kusuma

@repeeace Reply to @akmarnabilamamasab ♬ Bomba – Dj Nony

@repeeace Reply to @moonhalim ♬ original sound – repeeace