“Baru tahu dia…” Namie Jelas Bagaimana ‘Ditarik’ Sertai Ubi, Buat Netizen Ketawa

Bagi yang sering menggunakan platform TikTok sebagai hiburan harian pasti kenal dengan TikTok famous yang bernama Namie. Namie mula dikenali ramai selepas video-video Q&A (question and answer) di Instagram tular di TikTok.

Dia bukan sahaja menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya, malah caranya menjawab soalan tersebut lucu dengan loghat Negeri Sembilan yang digunakan.

Walau bagaimanapun, rupa-rupanya Namie bukanlah hanya sekadar individu yang terkenal di TikTok dan salah seorang anggota kumpulan Ubi di MLS 3 (Muzikal Lawak Superstar 3) yang juga dianggotai Fad Bocey dan Sharif Zer0.

Dalam pada itu, lawak-lawak yang disajikan kumpulan itu juga pada setiap minggu mendapat pujian juri-juri malah membuatkan penonton yang hadir tidak kering gusi dengan telatah mereka bertiga!

Baru-baru ini dia ditemu ramah oleh pihak Astro Gempak untuk menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Seperti yang dijelaskan oleh tuan badan, Namie merupakan seorang guru sekolah rendah darjah 1 sehingga darjah 6.

Perbualannya yang santai bersama pengacara bernama Ubai tersebut telah mencuri perhatian wargamaya di TikTok. Ubai juga sempat berseloroh dengan Namie membuatkan orang ramai tertarik dengan kisah Namie.

Menurut Namie, selepas ditanya Ubai bagaimana Sharif dan Fad mendekati dirinya untuk bersama-sama dalam kumpulan Ubi adalah ketika Sharif sebagai juri dalam satu pertandingan lawak secara online, dia pula menjadi juara ketika itu dan menerima pesanan mesej daripada Sharif manakala Fad ditemuinya di kedai makan lalu menegurnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya akui Namie merupakan pelawak pelapis yang berbakat besar selain mempunyai idea yang segar dalam menghiburkan hati peminat. Netizen turut tumpang bersyukur atas rezeki yang dikurniakan kepada Namie.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“knpa aku xtau dia cikgu…”

“ni dlm kelas kompem serius😂😂”


“Cikgu cikgu.. Mmg gifted cikgu ni.. Dia mcm jep junior. Muka lak kembar hael.”

“namie paling best”

Video yang tular di laman TikTok

@astrogempak Siapa agaknya tarik @ɴᴀᴍɪᴇ masuk #muzikallawaksuperstar3 ? Mesti ramai anak murid undi kan ☺️ video pnuh di YT Astro Gempak. #SembangEntertainment #namiesmy ♬ original sound – Gempak