“Takut org minta la tu” Gelagat Adik Ini Beli Makan Senyap-Senyap Undang Dekah Ramai

Pernah tak bila korang beli makanan, mesti ramai yang nak ‘tumpang sekaki’. Ada juga yang tak sempat nak jamah, orang lain dah habiskan makanan dia.

Malah zaman budak-budak dahulu sering terjadi. Beli keropok guna duit sekolah, tahu-tahu kawan dah habiskan dahulu.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang budak membeli makanan senyap-senyap mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat kita lihat budak lelaki tersebut memegang satu bungkusan yang dipercayai makanan.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur, gayanya yang membawa masuk bungkusan tersebut ke dalam rumah seakan-akan takut makanannya diminta oleh orang lain.


Manakan tidak, lihat lah mimik mukanya yang mengintai kiri dan kanan malah mengintai ke dalam rumah seakan-akan menunggu ‘line clear’ dahulu untuk makan.

Bukan itu sahaja, dia juga menyorok di tepi kereta berwarna putih yang di parking di dalam laman rumah berkemungkinan untuk menjamah makanan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatahnya yang ingin makan makanan tersebut seorang tanpa ada gangguan.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menekan mungkin itu adalah ayam gunting kerana ianya sering tidak cukup jika makan beramai-ramai.

Antara komen warga maya:

“Aku ingat aku ja macam tu rupanya ada juga orang lain nohhh”

“Bila kau banyak adik beradik tapi kau tak cukup duit beli banyak be like”


“Mesti budak ni selalu kena pau”


Video yang tular di laman TikTok:

@yoy.myHaha ayam gunting kot kalau share tak cukop nnti 🤣♬ Spongebob Closing Theme Song Music – Ocean Floor Orchestra

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun berjaya meraih 31.3K tontona dan 770 tanda suka di laman TikTok.

Adoiii kelakar betul tengok gaya dia jalan tu dan macam spy!