“Proununciation to the sea” Gelagat Gadis Ini Speaking Slang Ganu Buat Netizen Terhibur

Daripada kecil kita memang diajar untuk bertutur dalam bahasa inggeris bersama rakan dan keluarga tidak kiralah ianya di ajar di sekolah ataupun di rumah.

Manakan tidak, ianya juga merupakan bahasa kedua kita yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis bercakap bahasa Inggeris menggunakan slang Terengganu mengundang dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @hejeres, dia menjawab salah satu komen pengikutnya.

Difahamkan, seorang pengguna TikTok bertanya sama ada orang lain melihatnya ‘atas bawah’ sekiranya bertutur bahasa inggeris menggunakan slang Terengganu di tempat awam terutamanya di KLCC yang terletak di Ibu Kota.

“U tolking like dih people ing key ell sisi not looking u up downg up downg?” Tanya pengikutnya berseloroh.

Namun apa yang menarik adalah dia membalas persoalan tersebut dengan bahasa Inggeris menggunakan loghat Terengganu yang sangat pekat.

Malah, bahasa Inggerisnya juga didengar begitu simple dan straight forward.


Cara dia speaking sememangnya membuat ramai terhibur namun siapa sangka dia merupakan pelajar lulusan TESL dan memang pandai speaking.

Cuma itu hanyalah sekadar konten untuk membuatkan orang ramai terhibur mendengar slang inggeris versi Terengganu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menahan ketawa mendengar gadis itu speaking menggunakan loghat Terengganu.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui walaupun ayatnya itu bercampur namun masih mudah untuk difahami.

Antara komen warga maya:

“Look leph right leph right”

“I cannot la when u pronounce is jadi IH”


“Ni english power nii hahahaha saja buat songo dia.. the fact that ure a tesl student itself”

“hahaha i is terhibur sis”

“lawak lah kau dikk.. ”

“hahahahhaha comelnya awakk”

“Hahahaha lawak laa pandai akak blend slang dengan english tu”


Video yang tular di laman TikTok:

@hejeres Replying to @ili wardah 🌼🇲🇾🇵🇸 ♬ original sound – hajar