“Kemain mengekek” Berjaya Tukarkan Ibu Jadi Ultraman, Gelagat 2 Beradik Ini Undang Tawa Netizen

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai ‘filter’ yang boleh kita pilih di TikTok mahupun di Instagram untuk membuatkan gambar tersebut kelihatan lebih menarik.

Bagaimana pun, ada juga filter-filter lucu yang dapat membuatkan kita terhibur apabila menggunakannya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dua beradik mengekek gelak apabila berjaya menukarkan ibunya menjadi ultraman dengan menggunakan filter mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @saliha, pada awalnya kelihatan si ibu sedang kusyuk mendirikan solat di satu ruangan di rumah mereka.

Tak lama selepas itu, tiba-tiba muncul filter kartun superhero ultraman membuatkan kedua-dua anaknya ketawa melihat ibunya menjadi ultraman.

“Boleh pulak dua beradik ni main filter kat ibu tgh solat. Pastu sama2 gelakkan ibu. Adoiii la anak” ujar ibunya di ruangan kapsyen


Apa yang lebih melucukan adalah suara salah seorang daripada mereka yang ketawa sehingga mengeluarkan bunyi daripada hidung malah ada yang berseloroh mengatakan bunyi gelak budak lelaki itu boleh dijadikan ‘sound’ baru di TikTok.

“Ultraman gemuk ni duk beriba dgn kita plk time tgh berdoa. Kalini dia gemuk pendek pulak.. gelak abang tu sampai keluar angin ikut hidung”

“Bukan main kau gelak angin dik, terhibur kita ni dengar” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berasama ikut kewata apabila mendengar suara riang dua beradik ini.

Antara komen warga maya:

“Bukan main ko dekk gelak angin.. terhibur”


“Acik pon ikut gelak”

“Penat ulang nak dengar dorang gelak”

“Seronok je dia gelakkan ibu dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@salihahsekeriBoleh pulak dua beradik ni main filter kat ibu tgh solat. Pastu sama2 gelakkan ibu. Adoiii la anak 🤦🏻‍♀️🤣

♬ original sound – saliha

@salihahsekeri Replying to @mamagojes ♬ original sound – saliha

@salihahsekeri Replying to @salbiaho31 ♬ Begini Batem Remix – BeginiBatem🦑