Tak Sombong Layan Penduduk, Sikap ‘Humble’ Beto Kusyairy & Zahiril Raih Pujian Netizen

Siapa tidak kenal dengan Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim yang merupakan pelakon berbakat besar namun lebih memilih untuk ‘low profile’ dan kekal ‘humble’.

Walaupun sudah lama di dalam dunia seni namun jelas kedua-dua mereka sangatlah ramah dengan peminat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana mereka berdua dilihat tidak kekok melayan penduduk kampung mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @adilroti, kelihatan kedua-dua mereka bersama seorang lagi sahabat iaitu Fikri Bakar sedang beramah mesra dengan penduduk selepas sarapan di sebuah gerai makan, Adil Roti di Terengganu.

Pemilik kedai itu sendiri takpil mengakui mereka menyantuni penduduk dengan sangat baik tanpa mendabik dada walaupun kedua-duanya merupakan individu yang terkenal dan disegani ramai.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap mereka berdua yang tidak pernah sombong malah tidak kekok untuk bersembang dengan sesiapa tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang.

Bukan itu sahaja, ramai juga netizen yang turut mengatakan mereka sangat meminati pelakon ini sejak adanya sebuah drama bersiri Juvana yang pernah menjadi fenomana dahulu.

Antara komen warga maya:

“beto dalam video ni macam tu la dia dekat luar.. peramah tak sombong selalu tegur orang”

“minat dia orang dari zaman juvana lagi”


“suka cara pelakon lama saling menghormati”

“dah agak kalau ada beto mesti ada zahiril.. best depa ni berlakon”

“diorang ni walaupun terkenal berlakon dah banyak drama/filem .. tapi diorang tahu asal usul..”


Video yang tular di laman TikTok:

@adilroti Ada yang kenal? Hari ni sis bernasib baik dapat jumpa diaorg pagi tadi 🤩 #fypシ #hangtuah #artismalaysia #jomtravel #breakfast #adilroti #visitterengganu2022 ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir