“Tak tahu nak marah ke gelak” Wanita Keliru Beli Sotong Celup Tepung Atau Donat Buat Ramai Terhibur

Sering kali kita tengok di media sosial dimana ramai yang berkongsi gambar-gambar lucu makanan yang dikatakan ‘lain daripada yang lain’ dan tidak seperti apa yang selalu kita lihat.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi gambar makanan sotong celup tepung namun bentuknya membuatkan ramai terhibur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @izzahrahimofficial0411, difahamkan dia membeli sotong celup tepung berharga RM15 tetapi ‘rupa’ makanan tersebut tidak berbabaloi dengan harga.

‘Beli sotong celup tepung tak padan dengan harga..”

Apa yang lebih membuatkan wanita ini keliru adalah sotong celup tepungnya itu mempunyai banyak tepung daripada sotong malah kelihatan seperti kuih donat.


Tidak cukup dengan itu, wanita ini juga sempat mengeluarkan sotong daripada tepung tersebut dan mendapati sotong itu sangat kecil berbanding saiz tepung yang besar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat rupa sotong celup tepung itu malah ada juga yang akui pernah mengalami situasi yang sama.

“Saya pun dapat sotong celup tepung gini, senasib lah kita”- Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga peniaga yang menggunakan sotong frozen dan bukanlah sotong segar.

Antara komen warga maya:

“Selalu dah terkena macam ni..”

“Memang sekarang gi kedai tak minta dah sotong ni sebab dorang guna yang frozen.. kalau nakmakan gi tempat betul2 guna sotong fresh..”


“Aku ingat donut mula tu”

“Nak niaga biar ikhlas.. jual macam mana kita nak makan..”

“Nak marah tapi nak gelak pun ada”

“Kenyang makan tepung”

“Patut mahal.. tepung pun dekat sekotak habis”


Video yang tular di laman TikTok:

@izzahrahimofficial0411Allah la 🤣 donut ko sutong abe kak wey🤣

♬ original sound – M u m y .Y e l l o w 💛