Niat Nak Kongsi Gaji Pertama Dengan Mak, Sekali ‘Meraung’ Tersalah Transfer Ke Akaun Orang Lain

Sering kali kita lihat anak-anak akan mengutamakan ibu ayahnya apabila mendapat gaji pertama mereka. Sama ada belanja makan, memberi duit belanja dan banyak lagi.

Hal ini kerana kita menghargai titik peluh mereka membesarkan kita sehingga mampu mencari sumber pendapatan sendiri. Walaupun nilai yang diberikan tidak setanding pengorbanan ibu bapa, namun ianya cukup membuatkan mereka bahagia.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menangis teresak-esak apabila dikatakan tersalah transfer duit ke nombor akaun bank orang lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Fahadabistari, pada awalnya dia berniat untuk membuat kejutan pada ibunya di kampung dengan berkongsikan sebahagian gaji pertamanya.

Bagaimana pun, oleh kerana tidak menyemak dengan teliti butiran penerima terlebih dahulu, dia akhirnya tersilap transfer ke nombor akaun bank milik orang lain.


Pun begitu, kebetulan sebelum ini ahli keluarganya pernah berurusan dengan individu tersebut dan contact number berjaya dijejakki.

Wanita ini akui individu tersebut sukar untuk dihubungi dan apa yang lebih menyedihkan adalah individu tersebut meminta Fahada untuk niat sedekah sahaja kepadanya.

Tidak sangka mendapat respon sebegitu, wanita ini menangis dan berharap duit itu dikembalikan susulan ianya hasil titik peluhnya sendiri malah gaji pertama untuk dikongsi dengan ahli keluarga.

Fahada juga sempat berfikiran positif dengan mengatakan ini adalah salah satu ujian daripada Allah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak mendengar luahan gadis tersebut yang gagal melakukan kejutan untuk ibunya.

Bukan itu sahaja, netizen juga berang dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab itu kerana mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Antara komen warga maya:

“Senangnya dia cakap sedekah!!”

“Ya Allah, saya faham perasaan tu, kita konon nak surprise mak kita last2 kita ter surprise diri sendiri..”


“Expose jela nanti dia tahu dia viral takut la dia transfer la balik nanti..”


Video yang tular di laman TikTok:

@fahadabistari Filter ni real kan #deechoqofahada #deechoqokedah #fahadabistari #fahadatalks #deechoqoshahalam #renfahada ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline