Tak Tahan Kena ‘Kacau’, Abang Lori Ni Nekad Terjah ‘Benda’ Yang Mengetuk Lorinya Bikin Netizen Kecut Perut

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidak boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Namun terkadang, ‘mereka’ ini sengaja mengganggu untuk memberi hint bahawa mereka ada disekeliling kita sehinggakan ianya mencabar kesabaran seseorang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu lori yang hilang sabar diganggu semasa sedang berehat di tepi jalan mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, niat pemandu lori yang ingin berehat selepas menempuh perjalanan yang panjang bertukar seram apabila ada ‘sesuatu’ yang datang mengacau.

Jika ada kelindan yang menemani di sebelah, mungkin perasaan takut akan hilang tetapi pada ketika lelaki ini hanya memandu seorang diri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @gagakdirimbareal itu, lorinya dipercayai telah diketuk berkali-kali sehingga membuatkannya merasa geram.

“Mula-mula seram, lama-lama baran jugak dibuatnya,” katanya menerusi kapsyen di video itu.

Apa yang lebih membuat orang ramai kecut perut adalah, pemuda ini dilihat nekad memberanikan diri untuk turun daripada lorinya bagi melihat ‘pelaku’ yang menggangunya namun tiada satu kelibat pun yang kelihatan ketika itu.

Video yang tular di TikTok:

@gagakdirimbareal mula² seram, lama² baran jugak dibuatnye! 😡 #kisahseramabanglori #abanglori #tiktoktruckers #foryoupage #seram #fyp ♬ bunyi asal – Gagak Dirimba Real

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.6M tontonan, 132.6K tanda suka, 2538 komen dan 1507 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meremang bulu roma melihat video tersebut apatah lagi bila mengetahui tiada siapa yang ada di sekitar itu.

Dalammasa yang sama, para netizen juga turut menyatakan perasan risau akan ‘penyamun’ yang menggunakan taktik itu untuk membuta perkara jahat terhadap pemandu lori.

Berikut merupakan komen warga maya:

“takut parang saja sampai kat kepala”

“lebih2 siapa nak layan”

“jangan turun bang takut dia naik dia bawa lori tu kang”


“aku rasa dia nak suruh tido luar, dia nak tidur dekat dalam”