“Macam nak buat aku menganggur je” Nak Pergi Interview, Lelaki Terkedu Tengok Fesyen Rambut Lepas Dipotong

Gaya rambut sudah tentu menjadi salah satu perkara yang penting bagi seorang lelaki. Bahkan kebanyakan lelaki menganggap serta menjadikan rambut sebagai mahkota.

Namun terkadang potongan rambut yang dilakukan oleh tukang gunting rambut nyata tidak seperti yang diharapkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ‘speechless’ melihat hasil potongan rambutnya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ariffpeter, kelihatan fesyen rambut yang diterimanya itu tidak seperti yang dijangkakan malah ianya kelihatan melucukan.

Difahamkan juga, lelaki itu memberitahu dia mempunyai satu temu duga kerja yang akan diperginya nanti. Oleh itu, dia memilih untuk memotong rambut dahulu bagi mendapatkan penampilan yang lebih kemas.

Dia turut berseloroh mengatakan bagaimana dia hendak menghadiri teu duga tersebut ekoran rambutnya yang sangat aneh .

“Aku potong rambut sebab esok ada interview kerja, fesyen rambut macam ni macam nak buat aku menggangur je” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@ariffpeterAku potong rambut sebab esok ada interview kerja, fesyen rambut macam ni macam nak buat aku menggangur je 🥲♬ original sound – Ariff Peter

@ariffpeterIni last aku gunting rambut dengan mamak.♬ RINGKITING DJ KARDUS WILFEX BOR – 🌀WILFEXBOR🌀

@ariffpeterAbang terlelap cuma 5 minit, sedar-sedar dah jadi Dora The Explorer. Sekarang, abang tinggal nak cari beruk je ajak travel.♬ original sound – Ariff Peter

@ariffpeterKalau orang yang interview aku nanti tanya soalan selain skop pekerjaan, lagi-lagi pasal rambut. Memang aku libas tengkuk dia laju-laju.♬ original sound – Ariff Peter

Ketika artikel ini ditulis, video terebut telah meraih 1.4M tontonan, 96.6K tanda suka, 4198 komen dan 3598 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan fesyen rambutnya yang aneh dan sangat melucukan dan dalam masa yang sama para netizen juga berseloroh meminta lelaki itu untuk ujian yang menimpa dirinya itu.

Berikut merupakan komen dari warga maya: