“Allahu… tudungnya sampai jatuh ke belakang,” Video Budak Sekolah Ini Buat Netizen Terhibur

Seperti yang kita tahu, sesi persekolahan sudah mula berjalan seperti biasa. Memandangkan sekolah rendah juga telah dibuka, bermacam-macam gelagat budak-budak lah yang boleh kita lihat.

Mungkin ada yang berasa kekok untuk kembali ke sekolah, ada juga yang teruja. Tambahan pula dengan norma baharu yang harus dipraktikkan oleh mereka, pasti ada sahaja kejadian lucu yang terjadi.

Seperti seorang murid sekolah rendah ini, keadaan tudung yang dipakainya telah mengundang dekah ramai. Mana tak nya, rambutnya sudah terkeluar daripada anak tudung, tudungnya juga sudah melurut ke belakang kepala!

Momen spontan tersebut sempat dirakam oleh ibu kanak-kanak perempuan itu. Tak dapat dinafikan oleh wanita tersebut, dia turut tertawa melihat gaya anaknya.

Dia turut bertindak menegur keadaan tudung anaknya. Rupa-rupanya, anak dia pun tak perasan dengan keadaan tudungnya yang sudah makin melurut itu sebelum dia terus mencabut tudung tersebut daripada kepalanya.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan itu juga tidak menyangka video yang dirakamnya secara suka-suka di laman TikTok naik ke for you page.

“tak tau nak fyp video adik ni…suka² rakam sbb nampak terlebih lucu dah tengok tudung nyawa² ikan.nasib ada extender tahan tudung tu.” tulis wanita tersebut.

Semasa artikel ini ditulis, video yang dikongsi oleh @chattelyea_bussaina telah mencecah tontonan sehingga 942.1 ribu kali! Mendapat 63.1 ribu tanda suka, 2792 komen dan 4208 kali perkongsian!

Video yang tular di laman TikTok

@chattelyea_bussainaAllahu… tudungnya sampai jatuh ke belakang🤣♬ bunyi asal – دارا عل ذولاعكا

Di ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang diberikan oleh orang ramai dan rata-rata warganet yang melihat keadaan tudung murid sekolah itu terhibur!

Berikut antara komen-komen yang diberikan di TikTok

“seebaik extender mask tu penyelamat hahwha”

“Pakai scarf ❎ Pakai beanie ✅”


“mujur ada lg tudung dlm tu..anak sy tudung dlmnya x sedar jatuh merata😂”