“Kemain mengekek” Gelagat Baby Layan Ayah Bersembang Buat Netizen Terhibur!

Setiap insan yang mendirikan rumah tangga pasti berhasrat untuk memiliki cahaya mata. Manakan tidak, sudah lah comel, gelagatnya juga membuatkan ibu bapa tidak kering gusi.

Mudah kata, hilang penat seharian bekerja melihat telatah lucu mereka.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan ini berkongsi sebuah rakaman memaparkan gelagat anaknya yang melayan ayahnya bersembang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zamzamh96, pada awalnya kelihatan lelaki itu meniarap di sebelah anaknya dan mengusik si kecil itu.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anaknya seolah-olah faham apa yang diperkatakan oleh ayahnya dengan memberikan reaksi spontan.


Apa yang lebih membuatkan ramai geram dengan gelagat si kecil ini adalah dia juga ketawa seolah-olah terhibur dengan perbualan mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geli hati melihat dua beranak ini berbual siap ketawa.

“Selalunya ayah memang kena banyak komunikasi dengan anak. Barulah anak bijak nanti” – Warganet

Bukan itu sahaja, netizen juga akui anak akan menjadi bijak jika ibu bapa sentiasa meluangkan masa untuk berborak dengan mereka sejak kecil.

Antara komen warga maya:

“comelnya dia pandai sembang jugakk”

“comelnyaaa pandia borak… tak sabar nak tunggu baby keluar nak buat macam ni juga”


“seronok tengok 2 orang ni hahahah”

“Kecik2 dah pandai borak kopi eh.. dah boleh ajak lepak tu dengan bapak2”

“same la dengan anak aku ngan bapaknya kemain mengekek.. dengan aku usya panas je.. padahal aku yang beranakkan dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@zamzamh96Borak org lelaki…

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

@zamzamh96Terima kasih untk 2 juta views.. Ahmad suka sngtt

♬ Buah Hati – Armada