Tak Sedar Aksi ‘Superman’ Dirakam Polis, Mat Rempit Terbabas Ketika Larikan Diri

Seringkali kita lihat dimana terdapat ‘Mat rempit’ melakukan aksi tidak masuk akal ketika menunggang motorsikal seperti ‘Superman’ dan juga ‘Willie’.

Bahkan, aksi sebegitu nyata mengundang bahaya pada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain malah ada yang sehingga hilang nyawa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki berusia 18 tahun ini ‘rancak’ melakukan aksi ‘Superman’ sehingga tidak sedar aksinya dirakam pihak berkuasa mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, remaja lelaki yang menunggang Honda EX5 itu melakukan aksi Superman dengan ‘baring’ di atas motosikal sebelum ditahan pada pukul 10.30 pagi di Plaza Tol Jabor, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1.

Tidak cukup dengan itu, budak lelaki tersebut turut melakukan aksi zig-zag dari lorong kanan jalan dan lorong kiri jalan secara berulang-kali sejauh dua kilometer dari kilometer 248 hingga kilometer 250 di lebuh raya berkenaan.

“Begitupun, sebaik menyedari kehadiran polis, dia memecut motosikalnya,”


“Anggota polis mengarahkan suspek supaya berhenti, namun remaja itu terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor,” katanya

Anggota polis mengekori suspek ke Plaza Tol Jabor, namun suspek kemudiannya bertindak membuat pusingan U dengan melawan arus ke Kuantan, Pahang sebelum sekali lagi membuat pusingan U menghala ke Plaza Tol Jabor.

“Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila suspek telah terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari plaza tol tersebut menyebabkan dia luka didagu,” katanya.

Suspek yang berasal dari Jengka, Pahang itu kemudiannya berjaya ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sekadar info, Hasil ujian urin mendapati suspek negatif dadah.

Video yang tular dilaman Facebook:

Bahaya betul cara pemanduan macam ni, harapnya ramai mat rempit diluar sana dapat pertimbangkan baik buruk seuatu perkara sebelum ianya menjadi ‘tragedi hitam’ buat diri sendiri dan ‘mimpi ngeri’ buat ahli keluarga.