Bagi Nombor Pin ATM Dekat BFF Sebab ‘Percaya’, Duit Wanita Ini ‘Lesap’ Dalam Diam!

Sahabat adalah seorang individu yang ada tatkala susah dan senang menyebabkan ramai meletakkan kepercayaan yang tinggi pada sahabat mereka.

Namun, ianya seakan menjadi mimpi ngeri buat wanita ini setelah sahabatnya itu dikatakan bertindak untuk ‘menikam belakang’nya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, wanita ini pernah dikenakan oleh kawan baiknya sendiri akibat terlalu percaya.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya sendiri di laman TikTok @ainantasneem92, kelihatan penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu ‘Aku Suka Dia’ satu ketika dulu menceritakan bagaimana ianya boleh berlaku.

Menurutnya, dia pernah meminta kawan baiknya semasa zaman belajar itu mengeluarkan duit untuk membeli buku. Tanpa memikirkan apa-apa, Ainan berkongsi nombor pin ATM dan terlupa untuk menukar semula pinnya selepas itu kerana tidak mengesyaki apa-apa.

Dek kerana Ainan mendapat banyak tawaran untuk membuat persembahan, dia menyangka duit di dalam banknya itu semakin bertambah bagaimana pun ianya langsung tidak berganjak.


Tanda tanya Ainan akhirnya terjawab apabila ‘kantoi’ rupa-rupanya kawan baik Ainan sendiri telah mencuri duitnya.

Ainan turut mendedahkan bahawa kad banknya itu seringkali hilang bahkan tidak dijumpai sewaktu dicari namun tiba-tiba ‘muncul’ semula.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap kawan baiknya itu yang dalam diam menjadi ‘gunting dalam selimut’.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar orang ramai tidak mudah mempercayai rakannya sendiri tidak kiralah sebaik mana pun dia.

Antara komen warga maya:

“Wehh kalau orang bagi password kat aku, bagi pagi malam lupa dahh”

“Jangan percayakan sesiapa pun 100%”


“Pernah jadi kat classmate.. sanggup la curi kad bank”

“Harap dijauhkan dari orang2 yang suka mengambil kesempatan”

“Zaman saya study pon ramai jugak macam ni”

“Pernah dengar citer best friend ainan ni.. budak unimap kecoh..”

“Zaman dulu mana wujud online transfer..”

“I pun putus kawan juga.. coursemate aka roommate.. tikam belakang pasal duit juga..”

“I pernah share password atm dengan kawan baik..”

“Harap kawan dia tengoklah, sakit pulak hati aku dengar”


Kalau korang nak tengok video penuh macam mana boleh terkantoi sampai membawa kepada kes polis, korang boleh layan cerita Ainan dari part 1 sampai part 5 di TikTok.

Video yang tular di laman TikTok:

@ainantasneem92Pengajaran dia jangan terlalu percaya pada sesiapa pun okay!

♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊

@ainantasneem92 Reply to @pwincesspain ♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊

@ainantasneem92 Reply to @nuraezzatie ♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊

@ainantasneem92 Reply to @ftsmsfa ♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊

@ainantasneem92 Reply to @a_ynaa ♬ original sound – AINAN TASNEEM 🕊