Tak Sampai Hati Tengok Kucing Bertukar Warna Purple, Pemuda Bantu Bersihkan Kucing Terbiar

Bagi sesiapa yang mempunyai kucing pasti akan faham perasaan jika melihat kucing dianiaya mahupun dikasari.

Kadang-kadang entah apa salah mereka sampai manusia sanggup mencederakan haiwan comel ini.

Walaupun negara kita sudah semakin moden, penderaan terhadap haiwan masih sering kita dengar.

Seperti yang dikongsikan baru-baru ini di laman TikTok oleh Fazrin Nizam. Dia terjumpa seekor kucing terbiar berwarna hitam bertukar menjadi warna ungu!

Seperti yang kita tahu, warna ungu bukanlah satu warna yang biasa untuk kucing. Nampak sangatlah ada seseorang yang menganiaya kucing hitam itu.

Menurut Fazrin, kucing itu dia temui semasa dalam perjalanan pergi ke kerja. Fazrin juga tak sampai hati melihat keadaan kucing yang terpinga-pinga dengan keadaannya sendiri.

Sejak video menyayat hati tentang kisah kucing hitam itu dikongsi, ianya tular dengan meraih tontonan sebanyak 699 ribu dan 79.2 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@fazrinnizam Tidak layak engkau dipanggil manusia jika berkelakuan kejam sebegini. #cat #catlover #muhasabahdiri ♬ original sound – humariah

Pada video yang seterusnya, Fazrin sempat membuat update tentang kucing hitam yang ditemuinya itu. Video memaparkan Fazrin telah memandikan kucing yang berwarna ungu itu tadi dan memberi makan kepadanya.

@fazrinnizam Reply to @syamimi2711 Part 2, Semoga yg memperlakukan sedemikian kpd haiwan terbuka hati untuk menyayangi dan berubah kearah yang lebih baik. 🥰✨ #cat #catlover #fyp ♬ Ya Allah – Wali

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada Fazrin kerana sudi membantu kucing itu untuk kembali ke rupa asalnya.

Netizen turut mendoakan agar Fazrin dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Terima kasih bang, semoga murah rezeki 🥰”

“alhamdulilah semoga abang dimurahkan rezeki,berjaye dunia akhirat ❤️”


“Alhamdulillah terima kasih bersihkan dia”

“t.ksih..ambil dia brsihkn dia..moga di mrhkn rzki..”

“semoga di permudahkan dan semoga di murahkan rezeki awak… Aamiin 🤲”