Connect with us

Viral

Tarik Terlekung Sampai ‘Tercekik’ Kakak, Anak Bongsu Buat Kacau Masa Solat Buat Netizen Terhibur

Anak-anak ni kalau nak ajak bermain memang tak kira waktu dan yang paling ‘famous’ adalah ajak bermain ketika ahli keluarga tengah menunaikan solat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki yang juga merupakan anak bongsu kepada Saadah Abdul Wahab mengganggu kakaknya Qisy Syaura Tihani , 9, sedang menunaikan solat sunat tarawih mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, insiden tersebut berlaku pada minggu lalu dan lihatlah gelagatnya spontannya yang ‘membelit dan membungkus’ kakaknya yang bertelekung, memang undang tawa ramai.

“Selalunya ada suami dan makcik mereka di rumah. Tapi malam itu, suami saya ke masjid, dan makcik mereka yang juga babysitter pulang ke kampung. Jadi, kami bertiga saja di rumah.”

“Saya ajak anak perempuan solat di ruang depan. Kami saja letak telefon bimbit untuk rakam sebab nak tengok apa si adik buat sementara kami solat. Risau juga sebab dia main seorang diri.”

“Tapi baru saja solat tarawih rakaat pertama, si adik boleh pula kacau kakaknya. Dia tarik dan lilit telekung sebab nak tarik perhatian si kakak, dan dalam masa yang sama nak suruh kakak ke tepi sebab nak duduk di sebelah saya.”

“Saya sebenarnya dengar kakak tahan ketawa… sampai tak khusyuk sebab si adik terlanggar saya juga. Saya bertahan dan selesaikan solat. Bila selesai dan tengok balik rakaman tu, berdekah kami ketawa,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.


Menurut Saadah, sebelum ini anak kecilnya, Tuah Seif Qalifa yang berusia hampir tiga tahun, sudah dibiasakan dengan solat berjemaah. Pun begitu, dia akui insiden tersebut pertama kali berlaku.

“Selalunya makcik mereka akan jaga Tuah. Atau kami bentang sejadah untuk dia join solat sekali. Setakat ini tak pernah pun dia kacau tapi banyak main-main saja.”

“Mungkin sebab ketika itu tak ada orang layan dia… itu yang lain macam dia usik. Selepas insiden tu, saya teruskan solat tarawih seorang dalam bilik, manakala si kakak layan adiknya bermain,” kata guru prasekolah yang menetap di Pontian, Johor ini.

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saadah Abdul Wahab (@mama_odd)

Pada awalnya, wanita ini merakam bagi tujuan untuk menyimpan kenangan bersama- anak-anak nya namun dia memuat naiknya di media sosial kerana merasakan video lucu tersebut begitu ‘epik’.

“Simpan satu dekat reels.. sorry kakak, mama tak boleh simpan sendiri.. moga kalian jadi anak soleh solehah nanti.. aminn” ujarnya

“Tak sangka sampai viral dan dikongsi di merata platform termasuk WhatsApp. Perkongsian di Facebook raih lebih 1.5 juta views, manakala di Instagram Reels pula lebih 437,000 views.”

“Rata-ratanya komen mereka terhibur dengan video tersebut malah ada yang minta saya muat naik lagi keletah Tuah. Sebenarnya tak sangka masa rakam Tuah buat aksi lucu sebegitu.”

“Tapi ada juga segelintirnya beri komen negatif. Ada yang kata tak baik main-main dengan solat. Saya tak permainkan, itu hanya video lucu anak yang tak sangka beraksi sedemikian.”

“Ada juga kata tak pandai didik anak. Ada juga kata sekadar content. Langsung tidak. Apa yang boleh saya katakan, bila ada anak kecil, benda ni (gangguan) adalah normal. Kita kena biasakan sebab nak didik dan beri pendedahan ketika mereka masih kecil,” akhirinya.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)