Tak Puas Hati Orang Hantar Anak Sekolah Pakai Vellfire, Perkongsian Lelaki Ini Cetus Perdebatan

Sering kali kita dengar di kalangan masyarakat apabila menggunakan kereta Vellfire, pasti individu tersebut dikatakan tergolong dalam golongan orang yang ‘have have’.

Tapi jangan salah sangka, ada juga yang pakai kancil tapi kat rumah ada Lamborghini ya, cuma pakai kancil senang nak parking katanya! Hehehe.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana beberapa kereta Vellfire yang dipercayai sedang menunggu giliran mengambil anak di sekolah mencuri perhatian ramai.

Susulan perkara tersebut, seorang lelaki menyifatkan situasi tersebut seperti di Jepun dimana hanya ‘Tokey Mafia’ yang sering menggunakan kereta mewah itu.

Tanpa disangka, perkongsian seorang pengguna Twitter itu cetus perdebatan antara warga netizen yang menyifatkan individu itu tidak berpuas hati dengan senario yang dilihat.

Dalam masa yang sama, netizen yang tidak menafikan bahawa ramai yang menggunakan kereta mewah itu kerana ianya lebih selesa apatah lagi bila mempunyai keluarga besar atau anak yang ramai.

Ada netizen yang bersetuju dengan kenyataan lelaki tersebut kerana kereta mewah itu bersaiz besar dan akan memakan ruang serta menyebabkan kesesakkan lalu lintas apabila berlaku lambakan Vellfire di hadapan sekolah.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang merasakan siapa yang menggunakan kereta tersebut mempunyai ‘inferiority complex’ dan mempunyai perasaan ingin menunjuk-nunjuk pada orang lain.

Video yang tular di laman Twitter:

Bukan itu sahaja, ada juga sebahagian netizen yang menyifatkan lelaki ini yang sebenarnya mempunyai masalah hati dan tidak boleh melihat orang lain senang ataupun hidup mewah.

Pun begitu, isu seperti ini sepatutnya tidak perlu ditularkan kerana rezeki masing-masing telah pun tertulis bahkan ianya juga merupakan tahap kemampuan masing-masing. Sepatutnya kita harus bangga dengan pencapaian dan kejayaan orang lain sehingga mampu memiliki kereta mewah tersebut.

Antara komen warga maya: