‘Trend’ Solat Jemaah Dengan Kipas, Konten Tak Masuk Akal Buat Netizen Berang

Solat merupakan ibadah wajib bagi setiap umat islam bahkan solat adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main kerana ianya merupakan ‘tiang’ agama.

Bagi yang sudah berumah tangga, pastinya menjadi perkara yang sangat indah apabila dapat solat berjemaah bersama isteri atau pun suami.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah ‘trend’ solat bersama kipas menimbulkan rasa kurang senang masyarakat terutamanya bagi yang beragama islam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amidaa94, kelihatan dua orang remaja lelaki dan perempuan sedang menunaikan solat fardhu tetapi dimakmumkan oleh alatan elektronik iaitu kipas.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita tersebut memakaikan songkok dan baju pada kipas seolah-olah sedang berjemaah dengan seorang lelaki dan sempat bersalaman ketika selesai solat.

Begitu juga dengan lelaki yang menyarungkan telekung pada kipas dan mencium kipas tersebut setelah usai solat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap anak muda yang seolah-olah mempermainkan agama dengan konten yang tidak sepatutnya mengenai solat.

Bukan itu sahaja, netizen juga geram dengan sikap segelintir pengguna TikTok yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih tontonan yang tinggi.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Macam takde benda nak gurau lagi akhir zaman”

“Berlumba tunjuk kebodohan”

“Seram jee”


“Banyak content mengarut dari bermanfaat”

“Macam ni pun orang boleh kata kelakar”

 

Difahamkan kini ruangan komen telah pun ditutup gara-gara teruk dikecam oleh warga maya.

Diharapkan agar trend mempermainkan solat ini dapat segera dihentikan malah kita sebagai individu yang dikurniakan akal fikiran hendaklah berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara.

Video yang tular di laman TikTok:

@amidaa94 dunia perhaluan,,, pagi-pagi dah di buat sakit perut aqu,,,, #tebingtinggi_sumut #ngakakkocak #ngontenbarengyuk ♬ original sound – Widia Shopia Dewi

@amidaa94 Balas @hazelialiahaze kipas membawa HOKI ,,,#ngakakkocak #ngontenbarengyuk ♬ original sound – Widia Shopia Dewi

@amidaa94 semoga segera sehat kembali buat mereka,,,🤣🤣🤣🙈🙏🙏🙏#ngakakkocak ♬ original sound – Widia Shopia Dewi