Hanya Kerana Tak Cukup RM60, Pihak Pengurusan Tak Mahu Uruskan Jenazah Anak Yatim Piatu

Apabila seseorang itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, maka jenazahnya haruslah dikebumikan secepat mungkin kerana proses pengebumian itu lebih baik disegerakan.

Pun begitu, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana Seorang mayat wanita di Indonesia didakwa tidak diuruskan oleh pasukan pengurusan jenazah kerana kekurangan duit sebanyak Rp200 ribu (anggaran RM59.97)


Lebih menyedihkan adalah wanita yang dikenali sebagai Irma, 26 ini merupakan anak yatim piatu dan dia sempat menetap selama dua hari di rumah ibu saudaranya di Bontonompo Gowa, Indonesia sebelum meninggal dunia.

Berkongsi lanjut, difahamkan Irma jatuh sakit sebelum dikejarkan ke Hospital Haji Makassar dan disahkan meninggal dunia pada Khamis yang lalu.

Sepanjang hayat Irma, dia hanya tinggal di rumah tumpangan sahaja malah setibanya jenazah di kampung, ahli keluarga allahyarhamah sudah pun menyediakan segala persiapan untuk proses memandikan jenazah.

“Di kampung Kalaserena, pasukan pengurusan jenazah telah dibentuk dan telah menetapkan bayaran untuk memproses mayat sebanyak Rp 900 ribu (anggaran RM269.85).”

Pun begitu,Sebaik sahaja jenazah tiba di rumah, pasukan pengurusan ini meminta supaya membayar Rp 900 ribu bagaimanapun ibu saudara kepada Allahyarhamah kurang berkemampuan untuk menampung kos tersebut.

Namun, mereka berjaya mengumpul Rp700 (anggaran RM209.89) hasil sumbangan ahli keluarga.

“Tetapi pasukan yang menguruskan jenazah masih berkeras tidak mahu memandikannya jika tidak cukup Rp 900 ribu kerana dana itu dikatakan sudah ditentukan.”

Memetik laporan Tribun News, bagaimana pun pihak keluarga Allahyarhamah mencari alternatif lain untuk memandikan jenazah ekoran hari sudahpun lewat dan jenazah terpaksa dikebumikan pada waktu malam.

Ahli keluarga Allahyarhamah akui sangat kecewa dengan tindakan pengurusan jenazah itu kerana mereka telah pun sedaya upaya mencuba mencari wang tersebut dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi di kemudian hari.