“Tak pernah terlintas di fikiran” Dulu Aktif & Cergas, Adik Adam Disahkan Hidap Kanser Tahap 4

Sebagai ibu bapa, anak demam sedikit pun kita sudah risau, apatah lagi bila mengetahui anak menghidap kanser. Bagaikan gelap dunia sementara mengenangkan nasib anak yang disayangi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak bernama Adam Hadid, usia 3 tahun 4 bulan disahkan menghidapi kanser Ganglioneuroblastoma Tahap 4 pada 7 bulan yang lepas dan kini Adam giat melakukan rawatan di Hospital Tunku Azizah.

“Tak pernah terlintas di fikiran Adam yang aktif, lincah, bergelak ketawa, kelihatan kuat bertenaga disahkan menghidapi kanser ganglioneuroblastoma tahap 4 pada akhir februari 2022.”


“Kini Adam masih menjalani rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA). Dijangkakan pada November tahun ini (2022), Adam perlu menjalani rawatan penting iaitu immunotherapy (qarziba) bagi rawatan kansernya.”

“Ubat ini sahaja menelan belanja RM500,000 tidak termasuk kos rawatan yang lain. Jumlah yang besar ini adalah memerlukan sokongan dari orang ramai. Oleh itu, kami ingin memohon sumbangan bagi menampung membeli ubat Qarziba yang diperlukan oleh Adam. Diharapkan dengan rawatan ini dan doa semua, Adam akan kembali sihat seperti dulu.”

Menurut ibunya lagi, Adam menjalani 8 kitaran kemoterapi dan setiap kitaran selang 11 hari. Jadi, sepanjang bulan April sehingga bulan Julai, Adam banyak menghabiskan keluar masuk hospital untuk menjalani rawatan kemoterapi dan rawatan harian.

Kepada mereka yang hendak menyalurkan bantuan, kami sertakan butiran di bawah:

BUTIRAN UNTUK SALURKAN BANTUAN:

564098532103 (Maybank)
Aniq Ekmal Dolfatah
No. telefon: 0176852197
7601513352 (CIMB)
Khuzaima binti Dolfatah
No. telefon: 0176820026

“Tolong kami untuk sebarkan post ini agar jumlah rm500,000 dapat dikumpul dan boleh membantu Adam untuk membeli ubat Qarziba dan seterusnya menjalani rawatan immunotherapy.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mendoakan agar adik Adam dikurniakan kesembuhan dan kembali ceria seperti dahulu.

Bukan itu sahaja, ada juga dikalangan netizen yang mula membuat sumbangan dimana sediit sebanyak dapat membantu adik Adam dari segi kos rawatan dan perubatan.

Video yang tular: