“Jaya grocer who” Shopping Barang Dapur Di Kedai Runcit, Gelagat ‘Sempoi’ Adira Raih Pujian Netizen

Bila dah pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu, pastinya akan ‘pening’ apakah menu yang hendak dimasak buat keluarga pada setiap hari.

Tentunya, kita akan memilih kedai yang mudah untuk mencari barang keperluan. Kalau boleh, semua yang kita nak cari ada dalam satu kedai. Jimat masa, jimat juga tenaga.

Sama juga seperti seorang penyanyi terkenal iaitu Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Binti Suhaima dilihat sedang membeli barangan dapur mencuri perhatian ramai.

Namun apa yang menjadi bualan ramai apabila Adira kelihatan sempoi berbelanja di kedai runcit kecil tersebut walaupun mempunyai kemampuan untuk membeli belah di pasaraya besar dan terkenal.

Bukan itu sahaja, Adira yang kini sedang sarat hamil anak keempatnya lebih memilih ‘kedai acheh’ sebagai tempat kegemaran untuk membeli barangan mentah dan makanan kering seperti udang, sayur-sayuran, dan lain-lain.


Dalam masa yang sama, netizen juga teruja melihat ‘baby bump’ Adira malah ada juga yang baru mengetahui bahawa Adira kini sedang sarat hamil.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap Adira yang dianggap menyokong perniagaan kecil dan pengusaha lokal dengan berbelanja di kedai runcit .

“Steady Adira pegi beli kedai runcit, Jaya Grocer whoo?!?!!?!?!!? hidup kedai runcit, support lokal.” – Netizen

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang menasihatkan agar penyanyi itu memakai pelitup muka memandangkan dia sedang hamil.

“Sis next time pakai mask ye risiko untuk orang mengandung lagi-lagi pergi tempat banyak orang, lagi covid sekarang ni dah tinggi balik,” tulis seorang pengguna Instagram.

Antara komen warga maya:

“adira shopping kat kedai biasa je..”

“terbaik.. kedai runcit biasa dia pergi pun tak segan nak upload dekat ig.. tak tunggu gi vallage grocer..”


“steady lah kak kita.. kedai2 macam ni yang patut kita support”


Video yang tular di Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)