Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Mainan tak dinafikan amat membantu perkembangan otak anak-anak kita. Dengan mainan mereka dapat meneroka, merasai struktur dan sensori dan paling penting mainan buat otak anak-anak berfikir bagaimana untuk mereka bermain.
Jadi samada mainan murah atau mahal tidak pernah menjadi soalnya. Soalnya ialah kemampuan masing-masing untuk membahagiakan anak walaupun tidak berkemampuan untuk membeli mainan yang mahal.
Pastinya kita tahu, setiap ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka bahagia. Kisah ini boleh dikaitkan dengan seorang lelaki yang membuat perkongsian video berkongsi rezeki dengan anak-anaknya mencuri perhatian netizen.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ainuntazrie dikenali sebagai Tazrie Tarmizi yang memaparkan dirinya yang ingin berkongsi rezeki dengan anak-anaknya.
Difahamkan Tazrie membelikan plastik pembukus makanan yang berwarna-warni sebagai ‘mainan baru’ untuk anak-anaknya sebagai pengganti alat mainan mereka.
Di dalam video tersebut, Tazrie yang merupakan seorang ayah bersyukur kerana anak-anaknya sangat memahami keadaan diri yang tidak mampu memberikan barangan mahal.
Namun, kelihatan anak-anaknya itu bahagia dan seronok dengan pembelian Tazrie dan terima apa sahaja pemberian yang diberi kepada mereka.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 35.8K tontonan, 4158 tanda suka, 251 komen dan 160 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang terharu melihat kebahagiaan keluarga kecil itu dan ada juga yang berasa sebak melihat cara lelaki ini membahagiakan anak-anaknya dengan cara tersendiri.
Bukan itu sahaja ada juga para netizen turut menitipkan doa buat keluarga lelaki ini moga diberikan rezeki dan dipermudahkan urusannya.
Antara komen para netizen:
“Semoga urusan sahabat senantiasa dipermudahkan..”
“Yg penting ingat anak.. x ramai ayah ingat anak ingat nk beli mainan kat anak..”
“Bahagia cara tersendiri.. x perlu ikut orang lain..”
Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.