“Perempuan kan sentiasa betul” Reaksi Adik Salahkan Abang Jadi Punca Terjatuh Buat Netizen Terhibur

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Pastinya anda sudah biasa mendengar soalan yang berbunyi seperti ini, “Kenapa perempuan selalu menang?”.

Ayat ini selalunya sangat familiar dalam kalangan lelaki, lebih-lebih lagi suami kan?

Tetapi, hal ini sudah tidak hairan lagi kerana perempuan selalu nak menang walau dalam apa jua situasi yang dihadapinya tidak kira tua ataupun muda.

Biarpun sudah terang-terangan salah mereka namun pasti ada sahaja idea perempuan untuk menegakkan benang yang basah.

Disebabkan ini, masyarakat mewujudkan satu istilah khas buat kaum wanita iaitu “perempuan selalu betul“.

Kisah ini boleh dikaitkan dengan seorang budak perempuan yang memarahi abangnya akibat tersadung dengan kaki abangnya di sebuah shopping mall.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fidaisabell, kelihatan seorang budak perempuan yang memarahi abangnya walaupun dia sendiri yang jatuh telah mencuri tumpuan ramai.

Dipercayai budak perempuan dan lelaki di dalam video berkenaan adalah anak kepada pengguna TikTok tersebut.

Pada awal video perkongsian ini, kelihatan anak perempuannya itu sedang berjalan tetapi tidak memandang hadapan.

Tiba-tiba budak perempuan tersebut jatuh kerana terlanggar abangnya. Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia menyalahkan abangnya dan terus menangis seolah-olah abangnya punca dia terjatuh.

Insiden tersebut membuatkan para netizen berpendapat bahawa budak perempuan itu walaupun masih kecil tetapi sudah pandai menggunakan konsep “perempuan selalu betul“.

Video yang tular di laman TikTok:

@fidaisabell sendiri punya salah, salahkan abg dia pulak dah 🤣 #fyp ♬ original sound – Fida Isabell

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 979.3K tontonan, 59.1K tanda suka, 1128 komen 1223 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur dengan gelagat budak perempuan itu memarahi abangnya walaupun terjatuh sendiri.

Bukan itu sahaja ada juga berseloroh dengan nada bergurau mengatakan budak perempuan itu tidak salah yang salah ialah abangnya berdiri di situ.

Antara komen para netizen:

“Nasib ada record sbagai bukti”

“hahahahah comel”


“Adik tak salah, abang yang salah ttibe berhenti tu kenapa”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.