Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Ibu bapa merupakan insan yang sangat bermakna dalam hidup kita. Kasih sayang dan pengorbanan mereka dalam membesarkan anak-anak tiada bandingan.
Hal ini juga terjadi andai anak-anak sedang menerima ujian kehidupan. Sang ibu pastinya akan ada sentiasa disisi demi memberi semangat serta kekuatan untuk anaknya kembali bangkit.
Kisah ini boleh dikaitkan dengan sebuah video perkongsian di sosial media yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki memeluk ibunya setelah menang kes mahkamah menarik perhatian netizen.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @saharaloyah, memaparkan momen menyentuh hati memeluk ibunya di ruang menunggu selepas keluar dari mahkamah.
Menerusi video tersebut, terlihat pemuda itu memaklumkan yang penantiannya selama tujuh bulan berhubung satu kes mahkamah sudah temui penghujungnya.
Susulan daripada itu, dia telah berlari keluar dengan gembira dan terus memeluk ibunya yang duduk bertongkat di ruang menunggu sambil mengucapkan syukur.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 342.4K tontonan, 71.2K tanda suka, 1401 komen dan 394 perkongsian di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat situasi lelaki ini memeluk ibunya dan akui kasih sayang seorang ibu memang cukup besar terhadap anak-anak kerana sanggup bersusah senang dengan mereka walaupun diri sendiri tidak berdaya.
Dalam masa yang sama, mereka juga masih tertanya-tanya tentang cerita sebenar yang berlaku kepada pemuda itu sehingga dia perlu berurusan di mahkamah dan memerlukan 7 bulan untuk membuktikan segala hal yang dikatakan ialah fitnah.
Antara komen para netizen:
“Mak ni walaupun buruk ka baik kita dia tetap ada dkt blkng dy..”
Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Sumber: TikTok @saharaloyah