“Tak ada kelas!” Reject Bakal Menantu Beli Myvi, Ibu Label Kereta Student

Pekerjaan, harta dan angkat sering menjadi kayu ukur sebelum dijadikan menantu. Benar restu orang tua itu pentng, namun terkadag ada syarat yang langsung tidak masuk dek akal dan akhirnya menyusahkan kedua belah pihak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana ibu kepada seorang wanita meletakkan syarat agar bakal suaminya membeli sebuah kereta sebelum mereka berkahwin.

Tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi!

“Jadi cerita dia macam ni. Saya dah berbincang dengan teman lelaki fasal ni. Okey la dia dah buat keputusan nak beli kereta sebelum kahwin.”

“Dia nak beli Perodua Myvi. Lepas tu saya pun beritahu mak tentang hal itu. Tapi respons mak saya macam… dia kata Myvi ni kereta untuk student, tak ada kelas, tak jaga imej kalau pakai Myvi,” luahnya.

Difahamkan, sebelum ini ibunya itu tidak meletakkan sebarang jenama sebaliknya meminta bakal menantu membeli sebuah kereta sahaja sebelum mendirikan rumah tangga.

“Apabila mak saya cakap macam tu, saya terasa pula. Sebab dia kata kena ada kereta, lepas tu bila nak beli kereta, tak kena pula dengan tekak (kehendak) dia.”

“Yang nak kahwin tu saya, bukan mak. Jadi kereta apa pun saya saya okey saja. Cuma mak saya ada cakap kat saya suruh ikut cakap dia, kalau tak… menyesal.”

“Ayat tu buat saya rasa macam betul ke menyesal sebab pakai Myvi je ke?” ujarnya lagi.

“Jadi saya nak minta pendapat la, kalau (sikap) mak macam ni nak buat macam mana eh?

“Nak pujuk supaya terima seadanya kereta apa dia (bakal suami) nak beli atau biar tak payah pujuk?” soalnya lagi.

Luahan wanita tersebut:

Sehingga kini perkongsian tersebut telah meraih 2106 tanda suka dan 1261 ulang kicau di Twitter.

Antara pandangan warga maya: