Netizen Persoal Jambatan Kayu Bernilai RM50k, JKR Sarawak Beri Penjelasan

Keselamatan rakyat adalah satu perkara yang perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diigini.

Pun begitu, tular sebuah kisah baru-baru ini dimana orang ramai mula mempersoalkan kos pembinaan jambatan kayu yang menelan belanja sebanyak RM 50,000 di Sarawak mencuri perhatian warganet.

Di Facebook, pihak Jabatan Kerja Raya Miri, Sarawak merasmikan sebuah jambatan kayu yang menelan belanja sehingga RM50,000.

Dalam salah satu muat naik di Facebook, Corporate Communication JKR Sarawak menunjukkan perasmian jeti baharu Kampung Mutap yang telah diadakan pada 6 April 2022 yang lalu.

 

Mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan, jambatan berharga ‘luar biasa’ ini bakal menggantikan jeti lama.

“Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.”

“Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu,” katanya

Namun, seperti yang disangka, hantaran tersebut mendapat reaksi kurang enak daripada warga maya dek kerana harganya tiak kena dengan rupa yang dianggap lekeh.

“Terbaik Kerajaan Negeri Sarawak…sepatutnya kalau dilihat project ni saya rasa rm 100,000 tapi dapat dijimatkan rm 50,000 terbaikk.. sayang abang jo,” kata salah seorang netizen.

“Sepatutnya, kos 50k dah boleh buat sebuah jeti konkrit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan, tak pun sebuah jambatan simple dengan penghadang yang boleh sampai ke tebing sungai sana,” kata netizen yang lain.

“RM 50K ya. Beli kayu, upah Bangla etc. Less rm20k. Balance? Administrative cost, consultant fee etc.”

Dalam satu kemaskini terbaru, menerusi muatnaik di laman Facebook Corporate Communication JKR Sarawak menjelaskan mengapa jambatan tersebut bernilai sehingga RM50,000.


“Tular kenyataan projek yang telah siap itu tidak wajar dengan kos bajet RM50,000.00. Anggaran kos kami adalah berdasarkan Jadual Kadar (SOR) JKR Sarawak tahun 2020 dengan kadar RM9,000.00 semeter kiub bagi kayu belian yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa.

“Kami juga mengambil kira keadaan laluan jalan (jalan ladang) ke Kampung Mutap, logistik dan keselamatan (kawasan yang dipenuhi buaya).
“Dalam bajet RM50,000.00, kami berjaya mereka bentuk jeti sehingga 15m panjang dengan dua anak tangga,”