Dakwa Beli Rumah RM1Juta, Netizen Dedah Aisar Khaled Kantoi Hanya Menyewa?

Siapa sahaja tidak kenal dengan Aisar Khaled yang juga merupakan content creator yang sering mengundang kecaman netizen gara-gara content yang dianggap ‘mengarut’. Manakan tidak, ada sahaja benda yang nak dilakukannya seperti solat di atas jalan sedangkan ada surau yang berhampiran dan banyak lagi.

Kontroversi bagaikan tiada penghunjung, kini nama Aisar mula menjadi sebutan ramai apabila rumah mewah yang berharga RM 1 Juta yang katanya dibeli akhirnya kantoi hanya disewa sahaja mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, dia sempat meluahkan rasa syukur memiliki rumah pertama pada usia 22 tahun. Kondominium mewah itu terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdulillah rezeki saya miliki rumah ini, perasaan sangat gembira dan terharu sebab tak sangka dapat beli sebuah rumah di usia yang masih muda.”- kata Aisar

“Awalnya tak jangka pun nak beli rumah ini tapi tiba-tiba terdetik di hati nak miliki rumah. Kalau saya tak duduk pun boleh dibuat pelaburan.”

“Sejujurnya saya bangga dengan diri sendiri sebab selepas melalui pelbagai cabaran termasuklah mencari rezeki di usia 17 tahun akhirnya ini hasil yang saya miliki.” ujarnya penuh yakin.

Kantoi Busuk Di Twitter

Menerusi laman Twitter, dapat kita lihat, borang yang ditandatangan oleh Aisar itu adalah ‘Tenancy Agreement’ sahaja dimana dia hanya menyewa rumah tersebut.


Video Aisar bangga memiliki rumah pada usia muda:

@aisarkhaleddAlhamdulillah Rumah Pertama di usia 22 Tahun syukur .♬ original sound – aisar_khaledd

@aisarkhaledd Rumah Pertama aku di usia 22 tahun . #fyp #rumahpertama #fypシ ♬ suara asli – || – Kayes prikitiw

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.8M tontonan, 143K tanda suka, 4147 komen dan 1997 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau d ruangan komen, rata-rata warga netizen turut memerhatikan borang yang ditandatangini oleh Aisar malah ada juga yang tertanya-tanya apakah motif Aisar menipu mengatakan dia membeli rumah.

Berikut komen warga maya: