Susu ibu sangat bagus untuk bayi kerana ianya mempunyai hormon dan jumlah protein, gula, lemak dan vitamin yang secukupnya bagi membantu tumbesaran bayi bahkan susu ibu juga mempunyai kandungan antibodi yang mampu melindungi bayi anda dari penyakit.

Ini kerana antibodi adalah satu sel di dalam badan yang berupaya melawan pelbagai jenis jangkitan dan virus.

Namun lain pula ceritanya dngan kisah yang tular kali ini dimana seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap suami dan ibu mertua yang menyuapkan bayi baru lahirnya dengan madu dan susu kambing mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Intampersari, suami dan ibu mentuanya itu bertegas berbuat demikian kepada bayi yang baru berusia 34 hari itu dengan mengatakan bahawa minuman berkenaan adalah baik untuk anaknya.


“34 hari awak lahir, awak dah diberi susu kambing dan madu dengan ayah dan nenek awak. Kata ayah dan nenek awak, baik untuk bayi.’

Lebih mengejutkan lagi apabila ibu mentuanya mengatakan bahawa susu ibu tidak mempunyai nutrisi serta khasiat yang cukup. Meskipun sudah pelbagai cara mereka gunakan bagi memastikan bayi tersebut terus membesar, namun kesihatannya bertambah susut.

“Sebab susu ibu ini tak berfungsi dengan sebaik mungkin dan tak ada nutrisi yang sihat. Jadinya awak dikatakan kurang nutrisi oleh nenek kamu dan susu formula tu haram.”

Wanita ini bagaimana pun merasa tidak berpuas hati terhadap suami serta ibu mentuanya itu kerana kedua-duanya enggan bertanggungjawab dengan apa yang sudah terjadi terhadap anaknya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@intampersari23 #RejekiWOW #singlemomsoftiktok #SemuaBisaEnak #BertualangRasa #challengetiktok #GiniGayaGue #babyboy #singlemomsoftiktok ♬ Myself – Bazzi

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 20.6K tanda suka, 2405 komen dan 557 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan sikap suami dan ibu mertua kerana kurang ilmu pengetahuan tentang bayi yang baru lahir sehingga memudaratkan si bayi.

Dalam masa yang sama, ada juga segelintir warga maya yang turut berkongsi pengalaman yang sama dimana anak mereka disuapkan makanan yang tidak sesuai mengikut paras umur oleh orang lain.

Berikut merupakan komen warga maya: