485 Hari Tak Jumpa, Isteri Sebak Suami Tak Cam Wajahnya Ketika Buat Kejutan Di Singapura

Apabila menyebut akronim PJJ, kita tahu ia bermaksud perhubungan jarak jauh melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga tetapi tinggal berjauhan kerana mungkin si isteri atau suami perlu bekerja di luar kawasan.

Tidak dinafikan, ianya bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi jika sudah mempunyai cahaya mata, pasti pelbagai cabaran yang perlu dihadapi.

Begitu juga dengan Feena Sakinah Abdul Latiff, 32, yang sudah hampir dua tahun tidak bersua dengan suaminya Mohd Iezzam Mohd Juaini, 33, disebabkan pandemik Covid-19.

Memetik laporan mStar, suaminya bekerja di sebuah restoran makanan segera di Singapura dan kali terakhir pulang ke Malaysia pada September 2020 dan Feena telah membuat kejutan dengan melawat suaminya di Singapura pada 28 Januari setelah sekian lama memendam rindu.

“Suami saya kerja dekat McDonald’s Singapura. Masa nak dekat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tu sempadan nak tutup, jadi suami saya cadang nak masuk kerja macam biasa. Mula-mula kerajaan cakap dua minggu je PKP, last-last nak dekat dua tahun dah.”

“Lepas enam bulan pada bulan September 2020, suami saya ada balik Johor Bahru. Dia balik jumpa saya, anak-anak dan keluarga. Itu pun dapat balik seminggu saja.”

“Kemudian pada 2021 memang dia tak dapat balik sampai sekarang atas faktor kuota dan bagi peluang dekat orang yang belum pernah balik lagi. Sehinggalah baru-baru ni rasa nak masuk Singapura jumpa suami, sebab dah lama tak jumpa kan.”

“Kebetulan tengok flight ticket dapat murah daripada orang lain yang selalu saya dengar, jadi saya pun on terus. Saya ikut semua prosedur VTL jadi tak payah kuarantin,” jelasnya.

Difahamkan, suami Feena sememangnya tidak tahu menahu langsung mengenai kehadirannya ke Singapura bahkan langsung tidak menyedari kehadirannya kerana memakai pelitup muka dan mungkin juga kerana sudah lama tidak bertemu secara berhadapan.

Tambah Feena, suaminya pada ketika itu baru sahaja masuk syif dan dia telah berpakat dengan salah seorang pekerja di restoran itu dalam menjayakan rancangannya.

“Saya masuk sorang-sorang dari Johor Bahru ke Singapura tak bawa anak-anak. Saya minta mak ayah tolong jaga. Lepas keputusan ujian PCR saya keluar, saya terus ke tempat kerja dia. Masa saya sampai tu dia baru masuk syif.”

“Saya tak tahu nak buat surprise macam mana jadi saya minta tolong salah seorang GEL (Guest Experience Leader). Saya suruh GEL bagitahu dekat barista (suami) ada customer nak jumpa bagi feedback air dia buat.”

“Saya pun duduk dekat meja ‘dine-in’ sambil tunggu untuk rakam momen reaksi dia sebab dia memang langsung tak tahu saya dah masuk Singapura. Sebelum tu, dia banyak kali video call, tapi saya tak angkat. Siap bagi alasan anak dah tidur, keluar dengan atuklah, macam-macam lagi alasan saya bagi nak cover line punya pasal,” ujar Feena.

“Lepas dia letak air, saya pun speechless dan sebak juga mula-mula tu. Tak tahu nak bagi reaction macam mana sebab ni first time PJJ lama sampai macam ni. Tapi bila tengok respon dia, tak jadi sebak.”

“Dia tengok saya, saya cakap hai je tapi suami tak cam lagi saya siap jawab ahaa… lepas tu dia tengok jam baru dia perasan tu saya. Nampak jam tali pink warna favourite saya baru dia perasan sebab kebetulan baru lepas share gambar tali jam baru dekat dia sebelum ni. Tu yang ‘loading’ lama sikit tu tak kenal saya.”

“Sebelum kahwin, saya kerja dekat McDonald’s Singapura dengan suami tapi bila ada anak saya berhenti untuk jaga anak-anak dekat rumah. Susah tu tak sangatlah, tapi taklah senang juga. Cuma saya anggap suami pergi kerja macam biasa, saya jaga anak dekat rumah.”

“Saya tak fikir sangat atau anggap sebagai satu masalah walaupun semua benda kena buat sendirian. Saya suka cari benda untuk gembirakan diri saya sendiri dahulu. Pada saya, sebagai ibu dan isteri, saya kena jaga emosi sendiri dahulu baru kita boleh jaga anak dengan gembira. Happy mom, happy kids,” tambah Feena.

Tambah Feena, jumlah gaji lebih besar berbanding di Malaysia merupakan antara sebab kenapa suaminya bekerja di restoran makanan segera di sana.

“Lepas surprise tu husband tanya ‘Eh mana anak? Mereka dengan siapa sekarang?’. Suami cakap dia terharu saya sanggup bersusah payah buat surprise macam tu,” jelasnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@superibudoublefFinally after 485days, i meet u my syurga ❤️ This reaction, dia boleh tak cam wife dia.. lama sangat ni tak jumpa 🥲🤣♬ bunyi asal – •CEO OF DAUN EMPASEE 😂 – •CEO OF DAUN EMPASER 🦋