Selamba Langgar Lampu Merah, Aksi Berbahaya Pemandu Van Sekolah Buat Netizen Berang

Ramai dikalangan ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada pemandu bas atau van sekolah untuk mengahantar dan mengambil anak mereka sekolah oleh kerana kekurangan masa dek kerana bekerja.

Jadi, sebagai orang yang diberikan amanah, sudah pasti kita perlu menjaga mereka seperti anak sendiri apatah lagi menitik beratkan keselamatan mereka

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu van sekolah ini melanggar lampu merah semasa memandu di Taman Rinting, Johor mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @utusantvofficial, kelihatan pemandu van sekolah itu yang sedang menunggu lampu isyarat sebelum dia akhirnya bertindak memandu sahaja walaupun lampu masih menunjukkan isyarat merah.

Bagaimana pun, dia kelihatan ‘kelam kabut’ dan terus meredah jalan tersebut di mana lampu isyarat masih merah.

Apa yang lebih merisaukan orang ramai adalah, kelihatan beberapa pelajar yang masih berada di dalam van tersebut dan sememangnya ianya sangat berbahaya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pemandu yang langsung tidak memikirkan nyawa penumpan yang terdiri daripada murid sekolah.

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan terhadap pemandu van sekolah yang memandu secara berbahaya.

Antara komen warga maya:
“Bas sekolah ada yang bermasalah, isu keselamatan penumpang.”

“Banyak sangat saya jumpa van sekolah tak ikut peraturan jalan raya. Kalau dia sorang takpe, siap ada murid sekolah lagi.”


“Bahaya wei nyawa anak orang kau bawa tu.”

“Bawak anak orang bang jangan memain.”

Video yang tular di laman TikTok:

@utusantvofficial Kejadian di Taman Rinting, Johor | Justin Satriani. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV