Suka Tengok Muka Hrithik Roshan Masa Hamil, Ibu Kongsi Wajah Si Anak Seakan Sama

Pasti anda pernah dengarkan orang dulu-dulu kata kalau wanita yang tengah hamil dan suka dengan wajah seorang nanti boleh terkenan kepada anak.

Bukan itu saja, tetapi wanita yang hamil memerlukan persekitaran yang positif dan baik untuk mengelakkan gangguan emosi berlaku.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu hamil kongsi wajah anak yang seakan sama dengan seorang aktor mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @reeen._, dikatakan anaknya mempunyai wajah yang seakan iras dengan pelakon popular bollywood iaitu Hrithik Roshan.

Difahamkan, dia suka melihat wajah pelakon popular Hritjik Roshan ketika sedang hamil dan tidak menyangka terknan kepada anaknya.

“Tulah orang cakap masa mengandung jangan tengok yang bukan2, tu kan dah terkenan kat anak dalam perut”

“Apabila Allah S.W.T berkehendak dan menghendakinya, dan apabila dia telah menetapkan sesuatu maka jadilah ia, Kun faya kun” katanya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, jari kanak-kanak tersebut juga dilihat sama seperti pelakon itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@reeen._ hi ingat Hrithik Roshan junior lagi tak? 🥰 #polydactylythumb #hrithikroshan #fyp ♬ bunyi asal – Schaaaa._

@reeen._ Balas kepada @qashatiger360 baby Aryan done join this trend ☺️✅ #hrithikroshan #fyp ♬ bunyi asal – Schaaaa._

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 894.3K tontonan, 68.2K tanda suka, 658 komen dan 446 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat anaknya yang seiras dengan pelakon tersebut apatah lagi melihat jarinya yang lain daripada yang lain.

“Hidung dia pun ada iras-iras dah tu. Cutenya” – Netizen

Dalam masa yang sama, ramai yang memuji kecomelan anaknya itu malah hidungnya juga kelihatan sangat mirip dengan aktor tersebut.

Berikut merupakan komen warga maya:

“murah rezeki.. orang lain ada 10 jari dia ada 11 jari!”

“sihat2 selalu baby encem”

“paling love dengan hrithik roshan ha”


“hidung dia pun iras2 dah tu”

“hidung, hujung bibir atas tu iras sangat”

“jari dengan hidung.. comel”

“anak saya pun jari macam ni”