“Amat-amat dasyat” Lakonan Haziq Wartawan Cilik Dan Bell Ngasri Bikin Netizen Berdekah!

Siapa yang tak kenal dengan adik Haziq iaitu budak lelaki yang viral dek kerana membuat liputan tentang ular sawa. Apatah lagi kini taglinenya yang ‘amat-amat dasyat’ sering digunakan oleh ramai orang.

Bukan sahaja petah bercakap tapi adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf juga ada kelebihan dari segi memasak bahkan hebat dalam lakonan!

Lebih-lebih lagi bila dia digandingkan dengan pelawak terkenal iaitu Bell Ngasri. Pastinya celoteh dan telatah mereka berdua tidak mengecewakan penonton dengan malah turut mengundang pecah perut didepan kaca televisyen.

Wartawan cilik dan pelawak ini dikatakan melakonkan watak Nujum Pak Belalang dan membuatkan penonton tidak kering gusi melihatnya.

Pada akhir video, adik Haziq amat-amat dasyat ini sempat memberikan pesanan dimana seseorang itu perlu beruah kerana Allah S.W.T dan bukan kerana makhluk.

Video yang dikongsikan oleh pakmatwestern di ruangan aplikasi TikTok itu bagaimanapun membuatkan ramai terhibur dengan gelagat adik Haziq itu yang turut dikagumi ramai.

Video yang tular di laman TikTok:

@suhaimipmw #ad #fyp cc : @pakmatwestern ♬ bunyi asal – Stokis Pak Mat Barat

@suhaimipmw Balas @suhaimipmw berubahlah kerana Allah, bukan kerna makhluk #fypシ #fyp #likeaboss ♬ bunyi asal – Stokis Pak Mat Barat

Ketika arikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 205K tontonan, 14K tanda suka, 416 komen dan 497 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat mereka berdua yang apatah lagi adanya haziq yang pandai bercakap.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga kagum dengan bakat luar biasa yang ada dalam diri Haziq si wartawan cilik ini.

Antara komen daripada warga maya:

“Pandai adik ni berlakon, amat amat dahsyat”

“Adoilahh menjadi watak ni…”

“Best la drama pendek ni”

“Tak lama lagi adik Haziq jadi pelakon cilik ah”