Di Mana Ada Krisis Pasti Ada Abang Foodpanda, Rider Ini Buat Terima Pujian Netizen

Penghantar makanan Foodpanda kini bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Rata-rata penunggang motosikal yang kita terserempak di persimpangan jalan menyarungkan baju berwarna merah jambu mereka.

Bukan sahaja menjadi penyelamat orang ramai ketika lapar, tapi kalau korang perasan, rider Foodpanda jugalah yang selalu sampai di tempat kejadian dahulu jika berlakunya kemalangan yang memerlukan pertolongan.

Senang kata mereka ni tak pernah berkira kalau diminta tolong.

Sama seperti kisah yang baru berlaku tempoh hari di mana seorang penghantar makanan Foodpanda dirakam sedang sedaya upaya memotong sebatang pokok yang tumbang di atas jalan.

Rider tersebut dilihat memotong pokok tumbang itu seorang diri tanpa bantuan sesiapa dengan menggunakan chain saw yang tidak pasti datangnya dari mana.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Amin di TikTok memaparkan keadaan cuaca di situ sedang hujan menyebabkan pokok tadi tumbang dan menghalang separuh daripada jalan tersebut.

Oleh kerana tidak mahu aliran trafik terjejas, abang Foodpanda tadi pun bergegas membantu beberapa orang yang juga turut tersidai di situ.

Ini bukanlah kali pertama kita nampak abang Foodpanda menolong orang ramai di jalan raya. Sebelum ini juga tular di media sosial apabila ada di antara mereka yang meleraikan pergaduhan, membantu mangsa kemalangan dan macam-macam lagi.

Sejak video tersebut dikongsi, ianya berjaya meraih sebanyak 216 ribu tontonan dan 26 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@diamlahbodo #foodpandamalaysia ♬ original sound – amin

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bangga dengan sikap murni yang ditunjukkan oleh penghantar makanan tersebut.

Walaupun sedang dalam waktu bekerja, sempat juga dia curi masa untuk menolong individu-individu di situ.

Malah orang ramai sempat menggelarkan penghantar makanan Foodpanda ini semuanya hero kerana sering muncul dalam situasi runcing.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“First requirements untuk food panda rider wajib ada lesen superhero. Semua boleh”

“dimana ade krisis disitu ade abg foodpanda”


“bukan sekadar panda 😏”

“apa2 berkenaan jalan raya wajib ada foodpanda/grab😂😂”