Suami Perlu Hati-hati Bila Isteri Mengadu Penat, Sebenarnya Dia Alami ‘Sleep Debt’

Tugas isteri dalam menguruskan rumah tangga tidaklah semudah yang disangka. Oleh itu hargailah pengorbanan isteri anda.

Tiada hari cuti buat seorang isteri, ini kerana tugas seorang isteri tidak akan pernah habis dalam memastikan rumah sentiasa terurus rapi.

Ada sahaja kerja rumah yang perlu dibereskan. Sesudah memastikan rumah kemas mereka akan beralih ke dapur pula bagi menyediakan juadah buat seisi keluarga.

Jangan ambil mudah jika isteri mengadu penat

Bagi isteri yang bekerjaya, sesudah melunaskan kerja seharian, tiba masa pula fokus tadi beralih kepada keluarga.

Oleh itu, jika isteri anda mengadu penat janganlah ambil mudah apa yang mereka katakan. Sebaliknya bantulah isteri membuat kerja rumah supaya kurang bebanan isteri dirumah.

Apa yang dikatakan isteri slept debt

Menerusi perkongsian dari saudara Redza Zainol di laman Facebook dengan lebih mendalam tentang apa yang dikatakan isteri ‘sleep debt’ ini.

“Lepas solat Subuh, isteri saya datang mengadu.”

“Penatnya hari ni.” Dalam hati saya, eh kan baru bangun pagi. Takkan dah penat. Sepanjang hari itu, 3-4 kali dia mengadu dia penat.”

Rupanya isteri cuma tidur 5 jam sehari

“Malam tu, saya senaraikan rutin harian isteri dari pagi sampai ke malam. Bila saya kira-kira, baru saya tersedar.”

“Rupa-rupanya, setiap hari isteri saya cuma tidur 5 jam saja sehari. Ya Allah, lalainya saya selama ni. Patutlah dia asyik mengadu penat.”

Kita akan nampak kesan dari kekurangan tidur yang kronik

“Jumlah jam kita tidur ni umpama meletak duit di dalam akaun bank. Setiap kali kita tak dapat tidur yang cukup, “duit” tu akan ditarik keluar dari akaun kita.”

“Kalau hari-hari tak cukup tidur, lama-lama akan jadi kosong akaun bank kita tu. Pada waktu ni, barulah kita akan nampak kesan dari kekurangan tidur yang kronik.”

Lagi tinggi paras hormon kortisol, lagi mudah isteri jadi pemarah

“Inilah keadaan yang dipanggil sebagai Sleep Debt. Isteri yang begini akan selalu ada paras hormon kortisol yang tinggi dalam darah.”

“Hormon kortisol ni ialah hormon stress. Lagi tinggi paras hormon kortisol, isteri mudah jadi pemarah.”

Turut terdedah kepada risiko diabetis, lemah daya imun dan darah tinggi

“Isteri begini juga berisiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat tertidur semasa memandu.”

“Dari segi perubatan, boleh juga menaikkan risiko mengidap Diabetis, lemah daya imun badan dan darah tinggi.”

Jangan buat main-main dengan Sleep Debt 

“Mengikut National Sleep Foundation, orang dewasa perlukan 7.1 jam setiap malam untuk rasa cergas dan bertenaga keesokan harinya.”

“Tapi 70% dari kita, tak capai pun jumlah jam tu. Hakikatnya, ramai dari kita ni bekerja dari pagi ke petang.”

Ada isteri bangun seawal 4.30 pagi

“Ada isteri bangun seawal pukul 4.30 pagi. Terus ke dapur untuk masak, pinggan dibasuh, sambil tu sempat lagi dia basuh dan ampai baju.”

“Habis kerja petang, berlari ke pasaraya. Nak masuk pasaraya pun kena beratur. PKP, norma baru.”

Isteri tak cukup tidur setiap hari sedang mengumpul Sleep debt tanpa sedar

“Sampai saja ke rumah, suami isteri sama-sama bersilat uruskan anak mandi dan makan. Tau-tau dah Isyak tapi rutin harian belum siap juga.”

“Isteri-isteri yang tak cukup tidur setiap hari ni sebenarnya sedang mengumpul “Sleep debt” tanpa sedar.”

Sleep debt tidak dapat diselesaikan dengan 1 hari tidur

“Ada di antara mereka ni fikir mereka boleh ganti semula dengan tidur yang lebih lama pada hujung minggu.”

“Ikut 1 kajian pada tahun 2016, Sleep Debt ni tak dapat diselesaikan dengan 1 hari tidur yang lama.”

Suami kena hati-hati

“Kajian ni mengatakan kita perlu sehingga 4 hari untuk pulih sepenuhnya jika kekurangan tidur sebanyak 1 jam sehari.”

“Dasyat kesan Sleep Debt ni. Suami kena hati-hati. Kita fikir kita dah buat macam-macam kerja di rumah, jadi dapatlah kurangkan beban kerja isteri.”


Hujung minggu kemungkinan isteri sedang ada Sleep debt

“Tapi kita terlupa yang kita suami isteri kena ada tidur yang cukup. Hujung minggu, ada suami yang nampak isteri macam malas sebab tidur saja.”

“Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang ada “Sleep Debt” yang sangat banyak.”

Bila isteri cukup tidur, dialah paling ceria

“Percayalah, bila isteri diberi peluang tidur yang cukup, dialah yang paling ceria dan mudah menurut kata antara semua.”

“Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada semua kawan-kawan. Moga lagi ramai suami isteri yang bahagia.”

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua dan lebih memahami apa sebenarnya yang dialami oleh seorang isteri.