Seperti yang diketahui umum, jumlah jangkitan pandemik di negara kita masih berada di tahap yang membimbangkan.

Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah jangkitan yang dicatatkan setiap hari masih tinggi.

Oleh itu, rakyat diseru memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu frontliner kita yang sedang bertungkus lumus berusaha berusaha memberikan rawatan kepada semua pesakit.

Semakin teruk ayah, doakan yang terbaik untuk Tehah


Berdepan dengan pandemik ini setiap hari, petugas kesihatan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti virus ini.

Memetik laporan Harian Metro, seorang doktor telah disahkan positif. Apa yang lebih menyedihkan beliau kini sedang hamil 29 minggu.

“Semakin teruk ayah, ini pun tunggu nak masuk ke ICU (unit rawatan rapi). Doakan yang terbaik untuk Tehah.”

Pesanan sebelum Dr Fatihah dimasukkan ke ICU

Itu pesanan WhatsApp yang dikirim Dr Fatihah Shahrudin, 29, kepada ayahnya, Shahrudin Abu Bakar, 56.

Pesanan tersebut dikirim sebelum beliau dimasukkan ke ICU di Hospital Sungai Buloh, akibat disahkan positif sejak seminggu lalu.

Bayinya telah selamat dilahirkan dan terpaksa dikeluarkan lebih awal

Bapa saudaranya, Mohd Ali Mohd Derus berkata, ujian yang dilalui Dr Fatihah cukup getir apabila dia juga sedang mengandungkan bayi yang sudah pun berusia 29 minggu.

“Tapi Alhamdullilah, malam tadi doktor (di Hospital Sungai Buloh) maklumkan bayinya selamat dilahirkan.

“Bayinya terpaksa dikeluarkan lebih awal bagi mengelak sebarang komplikasi lebih buruk,” katanya.

Dr Fatihah dijangkiti kuman pada paru-paru sebelum disahkan positif selepas itu

Beliau berkata, Dr Fatihah pada mulanya dimasukkan ke Hospital Kajang pada 30 Mei lalu selepas dimaklum dijangkiti kuman pada paru-parunya, sebelum disahkan positif sehari selepas itu.

“Pada 3 Jun (Khamis lalu), dia dipindahkan ke ICU di Hospital Kajang sebelum dihantar ke ICU Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lebih rapi,” katanya turut memaklumkan Dr Fatihah kini bertugas di Hospital Kajang, namun bukan mengendali kes-kes berkaitan pandemik.

Suami, anak, adik serta ibu bapa Dr Fatihah turut disahkan positif

Mohd Ali berkata, selain Dr Fatihah, ahli keluarganya termasuk suami dan dua lagi anaknya, turut disahkan positif dan kini sedang dikuarantin di rumahnya.

“Selain suami dan anak, adik Dr Fatihah serta ibu dan ayahnya juga disahkan positif.”

Tehah memang kerap hantar anak mereka untuk dijaga oleh ibu bapanya

“Tehah memang kerap hantar anak mereka untuk dijaga ibu bapanya di Beranang, Selangor disebabkan rumah mereka dekat,” katanya.

Kisah Dr Fatihah sebelum ini di kongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter Public Health Malaysia.

Selepas itu, ramai pengguna media sosial itu turut mendoakan supaya Dr Fatihah dan bayinya selamat.

Mohon semua doakan Dr Fatihah dan keluarga

Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, mereka sekeluarga tidak putus-putus mendoakan supaya Dr Fatihah dan keluarganya segera pulih dan mengharapkan pandemik ini cepat reda.

“Mohon semua untuk doakan Dr Fatihah dan keluarganya.”

Terima kasih semua petugas barisan hadapan

“Terima kasih kepada semua doktor dan petugas barisan hadapan yang terus gagah menyempurnakan tugasnya merawat pesakit yang dijangkiti.”

“Semoga mereka juga dilindungi dari jangkitan ini,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar Dr Fatihah dan keluarga sembuh dari jangkitan ini.

Mereka turut mendoakan kesihatan ibu dan juga bayi yang telah selamat dilahirkan.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.