Suami Isteri Maut Dalam Nahas, Anak Terkejut Rupanya Ibu Hamil 3 Bulan

Rindu yang amat perit adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama-lamanya. Rindu yang sememangnya tiada berpenghujung.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan suami isteri meninggal dunia dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya mengundang sebak ramai.

Difahamkan, mereka merupakan peserta dalam acara ‘bike week’ yang berlangsung di Dungun, Terengganu.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Abdika Razali dan isterinya Rabiatuladawiah Saufa pergi menghadap ilahi setelah motorsikal berkuasa tinggi Aprilia RSV4 yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV Toyota Innova yang baharu sahaja keluar simpang.

Apa yang lebih menyayat hati adalah kedua dua mangsa meninggalkan 3 orang cahaya mata iaitu berusia 16, 14 dan 8 tahun.

Tidak cukup dengan itu, lebih mengejutkan adalah rupa-rupanya Adawiah sedang mengandung 3 bulan selepas post mortem dilakukan.

Khabar yang dimaklumkan oleh doktor itu sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuklah anak sulungnya sendiri yang akui tidak tahu langsung tentang perkara tersebut.

Hal ini kerana, sebelum ini ibunya pernah mengatakan dia mengandung namun mereka adik beradik anggap ianya hanya gurauan kerana sudah biasa malah tidak menyangka ibunya benar-benar mengandung.

“Sebelum ini, ibu ada memaklumkan dia mengandung dan saya bersama dua adik sangka dia bergurau.

“Dia selalu bergurau begitu dengan kami… sebab itu saya tak ambik pusing, namun selepas dimaklumkan doktor saya bertambah sedih,” katanya

“Kalau diikutkan, ibu sepatutnya melahirkan adik pada hujung tahun ini, namun apa boleh buat kerana semua sudah ketentuan Ilahi,” tambahnya lagi.

Anak nya juga sempat meluahkan bahawa mereka baru sahaja pulang bercuti daripada Gunung Jerai baru-baru ini.

“Mulanya kami dibawa ayah dan ibu keluar makan di Bandar Kuala Terengganu, tiba-tiba ibu dan ayah mengajak kami ke Kedah dalam keadaan sehelai sepinggang.”

“Percutian itu sungguh menyeronokkan dan tak sangka ia adalah kenangan terakhir kami adik-beradik bercuti bersama ibu dan ayah,” ujarnya

Dalam masa yang sama, ibu kepada Adawiah, Rahani Ismail, 61, juga turut mengatakan bahawa dia sendiri tidak tahu anaknya mengandung kerana tidak dimaklum lagi pada ketika itu.

“Saya tak diberitahu arwah anak (mengandung) dan kali terakhir dia bawa saya berkelah di Pantai Teluk Kalong pada Sabtu lalu tetapi dia tidak ceritakan perkara itu.”

“Saya akan memikul amanah untuk menjaga tiga cucu ini dan kami kami sekeluarga dan keluarga belah menantu sudah berpakat akan menjaga cucu-cucu kami itu sebaik mungkin,” katanya.

Jenazah mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapor, Binjai.

Video yang tular di laman TikTok:

@sepolwong

al fatihah…semoga roh dicucuri rahmat..amin.Mati itu pasti…xkire muda tua..xterlambat sesaat pun bile smpai nyer ajal..

♬ Kali Terakhir Kulihat Wajahmu – Uji Rashid