“Anak Saya Sorang Je..” Ayah Nangis Cari Jenazah Anak Di Hospital Buat Ramai Sebak

Orang tua mana yang tak sedih apabila anak yang disayangi ‘pergi’ dahulu sebelum mereka. Apatah lagi jika hanya memiliki seorang sahaja anak.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bapa menangis menunggu kehadiran jenazah anak tunggalnya di jabatan forensik hospital sejurus mendengar khabar kematian daripada pihak polis mengundang sebak ramai.

Difahamkan anak tunggalnya yang berusia 18 tahun itu maut dalam sebuah nahas apabila motorsikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang Johor.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya sendiri, @inazalina, memaparkan suaminya yang tidak dapat mengawal perasaan sejurus mendapat tahu anaknya yang ditunggu selama enam tahun selepas perkahwinan pergi menghadap ilahi.

Dapat kita lihat, dia ditenangkan oleh saudara mara yang turut hadir di hospital tersebut.

Ibunya sebak mengenangkan arwah yang hanya dipinjamkan 17 tahun sahaja namun dia memilih untuk redha dengan segala kententuan ilahi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak mendengar khabar tersebut apatah lagi dia merupakan anak tunggal kepada pasangan ini.

“hanya ibu bapa sahaja tahu betapa sakitnya bila anak dulu dijemput Ilahi sebelum mereka..”- Netizen

Tidak cukup dengan itu, netizen juga menzahirkan ucapan takziah buat mereka dan mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Antara komen warga maya:

“sakit kehilangan anak lebih perit dari kehilangan orang tua”


“tengok pun rasa sedih sangat apatah lagi perasaan ibu bapa yang menanggung kesedihan”

“Allahu mak ayah hilang anak ni lagi perit kita tengok dari anak2 hilang mak ayah.. sabar ya pakcik.. Allah sayangkan anak pakcik..”


Video yang tular di laman TikTok:

@inazalina♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio