Gadis Menangis Di Mamak, Ingatkan Kunyah Roti Canai Daging Rupanya Tali Mop!

Pengalaman terjumpa benda-benda aneh dalam makanan di restoran memang sudah menjadi kebiasaan buat rakyat di negara ini.

Ada yang terjumpa helaian rambut, lipas, getah dan macam-macam lagi! Penyedia makanan seolah-olah tidak menitik beratkan kebersihan.

Pengalaman yang sama turut dilalui oleh seorang gadis. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah restoran mamak.

Video tular yang dikongsikan oleh yonabii_ di TikTok memaparkan rakannya terjumpa seurat tali mop bercampur sekali dengan roti canai bersama kuah dhal yang dipesan.

Gadis itu kemudiannya dilihat menangis sambil menutup mulutnya. Mungkin kerana terasa ingin muntah atau hilang selera makan.

Menurut pemilik video, rakannya menyangka tali mop itu daging kerana sukar dikunyah dan tidak lumat. Rupa-rupanya lain pula ‘makanan’ yang diletakkan.

Malah katanya lagi, pekerja restoran yang bertugas mengira jumlah makanan langsung tidak memberikan discount kepada mereka setelah apa yang terjadi!

Walaupun video yang dimuat naik menggunakan sound yang kelakar, tetapi sudah pasti pengalaman ngeri itu sukar untuk mereka berdua lupakan.

Setakat artikel ini ditulis, video yang memberikan trauma ini berjaya meraih tontonan sebanyak 674.7 ribu serta mengumpul 27.9 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen kembang tekak melihat tali mop yang dijumpai gadis itu. Pun begitu, mereka sempat berseloroh sesama mereka.

Selain itu, ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama ketika menjamah di restoran mamak.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Dalam roti canai saya pernah ada bulu, taknak tahu bulu apa ”

“So diorang godak kuah dhal guna mop?”

“aku hampir nak makan mee goreng ada ulat sampah yang masih hidup”


“floss tu kak untuk bersihkan gigi”

“bersangka baik mungkin diaorang basuh pinggan guna mop”

“pernah minum air tehOais ada bby lipas tapi dah separuh baru perasan pastu bagitahu mamak dia cakp maybe jetuh dari atas tapi saya tak perasan urmm”

Video yang tular di laman TikTok

@yonabii_ trauma member #fypシ #fypmalaysia #fypberanda #mamakontraciocia ♬ original sound – Bubih