Connect with us

Viral

Suami Curang, Isteri Nekad Hancurkan Rumah Mewah Guna Jentera

Isteri mana yang tak bengang kalau dapat tahu suaminya curang dibelakangnya semasa dirinya sedang sibuk mengerah keringat mencari rezeki.

Bayangkan jika hal tersebut berlaku pada diri kita sendiri. Entah apa tindakan yang bakal kita ambil untuk melepaskan perasaan geram.

Seorang isteri di Ponorogo, Jawa Timur bengang serta memutuskan untuk menghancurkan rumah mewah yang didiaminya bersama suami dengan jentera berat. Tindakan tersebut dibuat kerana si isteri kecewa mendapat tahu suaminya curang dan hendak menikah dengan perempuan lain.

Kejadian meruntuhkan rumah bernilai 300 juta rupiah bersamaan RM87,000 di Desa Kedungbanteng, Kecamatan Sukorejo, Ponorogo itu sempat dirakam oleh penduduk setempat.

Proses merobohkan rumah mengambil masa lebih kurang satu hari sejak petang Rabu sehingga pada pagi Khamis lalu.

Perobohan rumah ini dilakukan oleh pemilik rumah iaitu Puan Sudarmi. Terdahulu, dia menikah dengan suaminya, Purwanto dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Keduanya bekerja di Jakarta menjadi pengusaha telur asin.

Wang hasil usaha itulah yang mereka gunakan untuk membina rumah itu sedikit demi sedikit, atas tanah ibu bapa Purwanto untuk mereka berdua diami. Pun begitu, sejak dua tahun terakhir Purwanto curang dengan perempuan lain.

Keadaan inilah yang membuatkan Puan Sudarmi emosi. Oleh itu, dia meminta cerai bulan lalu kerana enggan bermadu.

“Kami sudah berpisah kerana orang ketiga. Buat apa lagi rumah ini. Tambahan pula sebahagian besar rumah ini juga hasil jerih payah saya,” katanya.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)