Connect with us

Viral

“Tindakan keterlaluan” Guru Bakar Kasut Pelajar Hanya Kerana Ingkar Peraturan Sekolah Buat Netizen Kurang Senang

Setiap tempat yang kita pergi pastinya mempunyai undang-undang mereka tersendiri walhal dalam rumah kita sendiri ada undang-undang yang ditetapkan oleh ibu bapa bagi mendidik kitamenjadi insan yang berguna.

Begitu jugalah di sekolah, murid-murid wajib mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan demi melahirkan sikap disiplin di kalangan pelajar.

Siapa sahaja yang ingkar, pasti akan dikenakan tindakan tata tertib bagi ‘mengajar’ mereka yang melakukan kesilapan seperti rotan, gantung sekolah, bersihkan kawasan sekolah, bacaan yassin, solat sunat berjemaah, dibotakkan rambut jika berambut panjang dan sebagainya.

Namun lain pula dengan hukuman yang diberikan oleh guru di sebuah sekolah di Indonesia ini dimana dia bertindak membakar kasut pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram @fakta.indo, seorang guru bertindak membakar beberapa pasang kasut dan kejadian tersebut turut disaksikan oleh para pelajar yang berada di tempat kejadian.

Walaupun mendapat protes dan jeritan daripada ramai pelajar namun guru tersebut tidak mengendahkannya dan sempat melempar senyuman pada orang yang merakam

Difahamkan, guru tersebut melakukan perkara itu ekoran beberapa orang pelajar yang dipercayai melanggar peraturan tidak memakai kasut berwarna hitam dan berstokin putih pada hari Selasa.

“Guru ini membakar kasut pelajarnya kerana mereka melanggar peraturan sekolah iaitu pada hari Selasa mereka perlu memakai kasut hitam dan berstokin putih, tetapi pelajar tidak mematuhinya.”

Video yang tular di laman Instagram:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 593K tontonan, 28K tanda suka dan 6277 komen di applikasi Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kurang bersetuju dengan tindakan guru tersebut yang selamba membakar kasut murid.

Bahkan dalam masa yang sama para netizen juga menyifatkan bahawa tidak semua daripada kita merupakan orang yang ‘senang’ dan mampu membeli kasut itu.

“Menurut saya jangan dibakar, membazir sebab beli pakai duit. Sepatutnya suruh mereka balik.” kata seorang warga maya

“Maaf cikgu, sepatutnya jangan bakar. Kasut itu kan boleh dipakai di luar sekolah. Kesian juga dekat ibu bapa mereka.” tulis warganet di ruangan komen

“Ini tindakan yang keterlaluan.” ujar seorang pengguna Instagram yang berang dengan sikap guru tersebut.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)