Sanggup Dilanggar Kereta Demi Selamatkan Pelajar, Anggota Polis Ini Digelar Hero

Sebagai seorang pemandu yang bijak, kita harus peka dengan kawasan sekeliling. Peraturan jalan raya juga mesti kita ikuti agar tidak menyebabkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Terutama sekali apabila memandu di kawasan sekolah, kereta yang dipandu tidak seharusnya melebihi had laju yang ditetapkan.

Seorang pengawal lintasan di Cecil County, Maryland, dipuji sebagai wira selepas menolak seorang pelajar dari dilanggar oleh sebuah kereta yang datang.

Kerana ingin menyelamatkan pelajar tersebut, dia sanggup mengambil risiko dan meletakkan nyawanya dalam bahaya.

Menurut Sekolah Awam Daerah Cecil, pengawal lintasan, Annette Goodyear, yang juga seorang pegawai polis telah dilanggar dan dirawat di sebuah hospital.

“Goodyear telah membantu seorang pelajar sekolah menengah menyeberang jalan pada pagi Jumaat berhampiran Sekolah Menengah Timur Laut,” kata pegawai.

Video yang menunjukkan kejadian ngeri itu telah dikongsi oleh Eksekutif Daerah Cecil Danielle Hornberger .

Menerusi video yang dikongsi, Goodyear dilihat memberi isyarat “berhenti” dengan tangannya ketika pelajar tersebut mula memasuki laluan pejalan kaki yang diapit oleh papan tanda kuning pejalan kaki.

Goodyear turut memimpin bahu pelajar itu dan membantunya untuk melintas.

Kemudian, sebuah sedan hitam datang dengan kadar kelajuan yang pantas membuatkan Goodyear terpaksa menolak pelajar tersebut kehadapan bagi mengelakkan pelajar itu daripada dilanggar.

Goodyear yang tidak sempat mengelak akhirnya jatuh akibat dilanggar.

Video itu juga menunjukkan bahagian hadapan kereta itu melanggar Goodyear sehingga jatuh ke tanah. Pelajar itu bangun dan pergi ke sisi Goodyear apabila orang berhampiran bergegas membantu.

Sekolah Awam Daerah Cecil mengatakan bahawa Goodyear telah dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan segera dikeluarkan.

“Goodyear pergi ke rumah pelajar untuk melawat keadaannya,” kata pegawai sekolah.

“Terima kasih kepada Koperal Annette Goodyear dari Jabatan Polis Timur Laut atas kepahlawanannya,” kata Eksekutif Hornberger.

Video yang tular di laman Twitter: