Connect with us

Viral

Sporting Izinkan Anak Kahwin Awal, Wanita Ini Teruja Bergelar Opah Muda Pada Usia 35 Tahun

Ada diantara kita, yang masih muda, tapi sudah memegang pangkat ibu atau bapa saudara dek kerana ahli keluarga yang berkahwin awal.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis ini telahpun menjadi pangkat nenek pada usia yang sangat muda.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @haridaycosmetic, dapat kita lihat dia mendukung seorang bayi.

Bagaimanapun, ramai yang seakan tidak percaya dan menanggap cucu yang dimaksudkan adalah anak kepada saudara mara yang berpangkat lebih muda.

Tampil mengulas perkara tersebut, nenek muda tersebut, Nur Fadilah Che Ahamad yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan mengakui bahawa bayi perempuan yang dipegang itu adalah cucunya sendiri.

Bercerita mengenainya, dia yang mesra disapa Dila berkata keadaan ini berlaku selepas anaknya, Nurin Idrina Muhd Muhizan berkahwin ketika usia 15 tahun pada tahun 2020.


“Pada awalnya, saya sekeluarga tidak menyangka yang Nurin hamil. Tambahan pula, kami merancang supaya dia tidak mengandung di usia muda tapi tiba-tiba dia maklumkan bahawa sudah hamil.”

“Lagipun dia sudah lama berkahwin. Jadi kami sekeluarga menerima dengan hati terbuka,” kata Dila yang turut teruja kerana mendapat cucu di usia 35 tahun.

Dia juga udah menganggap cucunya itu seperti anak sendiri bahkan teruja membeli barang keperluan bayi buat cucu sulungnya itu.

Menurutnya yang mempunyai lima anak, Nurin sendiri tidak kekok untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu walaupun baru berusia 17 tahun.

“Mungkin sebab dia anak sulung dan pernah menjaga adik-adiknya sebelum ini. Pada masa ini, Nurin berpantang di rumah dan saya menjaga dia sebaiknya.”

“Setiap pagi memang saya tolong uruskan, tapi petang Nurin akan ambil alih dan menjaga bayinya bersama suami,” ujarnya.

“Semasa saya bawa pergi check kuning di klinik kesihatan, orang ramai yang melihat menyatakan saya adalah mak saudara atau kakak kepada bayi.”

“Bila saya maklumkan yang saya ni opah (nenek), mereka tak percaya… sesetengah jururawat tahu tapi sesetengahnya saya diamkan saja. Lebih-lebih lagi apabila mereka bertanyakan umur.”

“Kalau merek tengok TikTok, mereka tahu la tentang saya sampai ada yang WhatsApp semata-mata nak bertanya sama ada betul ataupun tidak video tular tu. Selepas dimaklumkan, ramai yang ucap tahniah sebab jadi nenek termuda,” ceritanya gembira.

Ketika ditanya sama ada dia berkemungkinan mempunyai anak sendiri kerana masih muda, Dila berkata, dia dan suami sudah tidak berhasrat ke arah tersebut.

“Saya dan suami dah stop untuk ada anak tapi kalau ada rezeki tak tolak…cucu ni pun dah rasa macam anak sendiri,” luahnya.

Dalam masa yang sama, dia juga akui pernah menerima hinaan dan herdikan termasuk anaknya dikatakan hamil luar nikah, Dila mengambil keputusan untuk berdiam diri dengan kata-kata orang sekeliling.

“Ada cerita di sebalik perkahwinan mereka, dia pun ambil keputusan tak nak sekolah dan asyik keluar dengan lelaki yang jadi suami dia sekarang ini… jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk kahwinkan mereka supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Lagi pula dia dah tak fokus untuk belajar di sekolah.”

“Kalau ikutkan memang tak nak bagi dia kahwin bawah umur, sedih tak boleh nak cerita masa tu… tapi saya anggap ia sebagai takdir, jadi teruskan perkahwinan mereka berdua.”

“Awal-awal anak kahwin masa umur remaja, ramai yang kata dan bagi pandangan serong tapi saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”

“Pernah dengar orang cakap yang Nurin mengandung dulu sebelum kahwin, ada juga yang cakap perut dia dah buncit masa pakai busana pengantin dulu… tapi hakikatnya tidak pun. Jadi saya ketepikan cakap-cakap orang dan enggan ambil pusing tuduhan yang dilemparkan. Saya kahwinkan Nurin pun sebab bimbang perkara-perkara macam tu berkalu,” imbaunya.

Berkongsi lanjut, suaminya juga pada awalnya tidak dapat menerima perkara tersebut namun akhirnya akur jika itu adalah pilihan yang terbaik buat anaknya bahkan dia juga menjadi wali kepada anaknya sendiri sewaktu akad nikah.

Menantunya pula kini sudah mempunyai kedai makan sendiri membuatkan keluarga lebih yakin.

“Kedua-dua mereka sudah bijak untuk menjana pendapatan sendiri dan sangat bertanggungjawab serta tidak bergantung harap pada keluarga,” katanya mengakhiri bicara.

Video yang tular di laman TikTok:

@haridaycosmetic opah muda kata 😂 @Dila Ahamad @N U R Y N M U A H 💋 #hariday #kahwinmuda #babytok ♬ suara asli – 805.rb

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)