Baru 14 Tahun, Cucu Pengasuh Larikan Bayi 9 Bulan Masuk Van Putih Untuk Ke Siam

Kes penculikan kanak-kanak bukanlah satu isu yang baharu malah ada juga remaja yang dikatakan hilang tanpa berita dan akhirnya dikhabarkan telahpun dijual kepada sindiket.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bayi berusia 9 bulan dilarikan seorang remaja dari jagaan neneknya yang ketika itu sedang menunaikan solat mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan Kosmo, mangsa dilaporkan hilang pada jam 5.30 petang dan gambar mangsa disebarkan oleh ibu bapanya di media sosial bagi mendapatkan bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.

Bagaimana pun, polis telah menjumpai suspek di Bukit Mertajam dan dibawa ke balai polis.

Dia menceritakan dimana polis menghubungi mereka dan memaklumkan suspek telahpun dijumpai namun anaknya tiada bersama.


Pun begitu, selepas 10 minit, dia mendapat panggilan daripada pihak polis memaklumkan anaknya dijumpai dalam keadaan selamat.

Dikatakan, anaknya ditemui dalam sebuah van yang dipercayai sedang menghala ke sempadan Thailand melalui jalan negeri Pantai Timur.

Apa yang paling mengejutkan, cucu pengasuh yang melarikan bayi Farisha tersebut hanya berusia 14 tahun. Suspek dikatakan sempat mandikan Noor Raisya, sebelum dibawa lari sehelai sepinggang ketika neneknya tengah menunaikan solat Asar.

“Memang bagaikan mimpi dan lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital. Selalu dengar cerita sahaja anak diculik, tetapi tak sangka kami sendiri melalui kejadian ngeri itu.”

“Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek, memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran, melalui negeri di pantai timur,” katanya.

Ibu mangsa, Farisha Amirah Zainal, 24, meluahkan rasa syukur apabila anaknya Noor Raisya Mohamad Rahimi, berjaya diselamat pihak polis.

“Memang macam nak luruh jantung bila saya dengar jiran saya (pengasuh) maklumkan perkara itu. Saya terus menelefon keluarga termasuk yang berada di kampung sebelum suami pergi membuat laporan polis.”



“Sampai jam 9 malam, saya dan suami masih berurusan dengan polis sebelum saya kuatkan hati pulang ke rumah untuk solat. Selepas solat, tiba-tiba naluri hati saya kuat mengatakan anak kami akan kembali ke pangkuan.”

“Susulan itu saya siapkan kelengkapannya termasuk menyediakan susu serta pakaian dalam satu beg sebelum turun dan tunggu kehadirannya di pos pengawal pangsapuri kami,” katanya.

Sekadar info, lima individu termasuk suspek remaja perempuan bawah umur itu direman selepas polis mendapat perintah dari Mahkamah Bukit Mertajam, semalam.

Suspek terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Video yang tular: