11 Tahun Ketagih Makan Sabun Serbuk, Pendedahan Wanita Ini Buat Ramai Bimbang

Kita sering dengar dimana apabila seseorang wanita itu mengandung dia akan mengidam macam-macam dan terkadang di luar kotak malah tak tercapai dek akal seperti ingin makan benda yang bukan makanan.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini sudah 11 tahun ketagih makan sabun serbuk mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @zakiraaa.4, gadis ini mahu mendapatkan tip daripada orang ramai cara-cara untuk beliau menghentikan tabiat tidak sihat itu.

Oleh kerana video tersebut tular, dia tampil membuat satu lagi video dan menceritakan bagaimana ianya berlaku sehingga boleh menyebabkan ketagihan.


Difahamkan, dahulu dia suka dengan bau sabun malah dia akan mengambil masa yang lama sewaktu membasuh pakaian kerana ingin bau haruman sabun tersebut.

Oleh kerana perasaan yang membuak-buak ingin tahu bagaimana rasa sabun tersebut, dia memberitahu bahawa dia makan sedikit sabun dan akui pada awalnya rasa sabun tersebut agak ‘pelik’.

Namun lama kelamaan dia merasakan sabun itu sangat manis menyebabkannya ketagih. Bukan itu sahaja, sehingga kini dia tidak boleh sabun serbuk itu kerana ianya akan membuatkan dia teliur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa risau mereka melihat wanita ini yang memakan sabun.

Antara komen warga maya:

“u kentut keluar buih tak”

“Jumpa doctor sis, takut sis ada pica, pica ni bila kita teringin makan benda yang bukan makanan”


“Saya suka makan ubat gigi, tak tahu nape.. lagi2 yang budak2 punya flavour strawberry”

“Masa kecik aku suka rasa simen nyah.. hahahaha idk why tapi sedap macam rasa serbuk kunyit”

“Mujur tak clorox yang diketagihnya”

“Allah.. awak… macam mana rasa nak makan.. jangan makan tau nanti sakitttt”


Video yang tular di laman TikTok:

@zakiraaa.4♬ suara asli – Elvis Trajabitu – Yuyushop1718

@zakiraaa.4Please la jangan kecam i , i try untuk berhenti 🙏🏻♬ original sound – 🦋