Spesis Apa Pula Ni? Rupa Ikan Dengan Sepit Ketam Buat Netizen Pelik

Tidak dapat dinafikan, Pelbagai spesis haiwan yang hidup di laut yang luas terbentang sehingga terkadang kita tidak pernah melihat langsung jenis haiwan itu dan tidak menyangka ianya wujud di dalam muka bumi ini.

Malah ada juga rupa bentuk haiwan tersebut yang langsung tak tercapai dek akal kita sebagai seorang manusia.

Beberapa hari lepas, viral tentang kisah seekor ikan yang dilihat mempunyai gigi yang penuh seperti gigi palsu sewaktu dibawa naik oleh seorang pemancing ke darat.

Video tersebut mengundang dekah ramai kerana ramai yang berseloroh mengatakan ianya ‘tersenyum lebar’ naik ke darat.

Pun begitu, apa pula yang berlaku pada kali ini? Difahamkan, seekor ikan dengan sepit ketam yang dibawa naik ke atas sebuah kapal telah pun mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hunterbruno98, dapat kita lihat ikan itu masih bernyawa dan diusik menggunakan alat malah fizikal pelik hidupan ini memang cukup unik serta meninggalkan tanda tanya pada orang ramai.

Video yang tular baru-baru ini:

@hunterbruno98 #bluecrat #mutant #lakeponchatrainpushinp ♬ Crab Rave – Noisestorm

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 23.4M tontonan, 1M tanda suka, 24.9K komen dan 129.1K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen terkejut melihat video tersebut kerana tidak menyangka spesis sebegitu wujud di lautan.

Antara komen warga maya:

“Kalau tengok dengan teliti, sepit itu datang dari ketam yang dimakan oleh ikan tersebut”

“Bila ketam dan ikan jatuh cinta”

“Adakah awak letak sepit pada ikan itu?”

“Semuanya bermula bila ibu saya (ketam) bertemu ayah saya (ikan) dan mereka jatuh cinta. Kemudian dapatlah saya…”