Gara-Gara Elak Bayar Tol, Pemandu ‘Cucuk’ Rapat Akhirnya Langgar Kereta Orang Lain Buat Netizen Berang

Di Malaysia, isu pengguna kereta ‘cucuk’ rapat belakang di plaza tol sangat lah famous. Hal ini kerana mereka pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab ini enggan membayar tol sehinggakan ada kes dimana kereta belakang melanggar kereta hadapan, kereta belakang terhimpap dek palang dan banyak lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pemandu yang mengelak membayar tol sehingga membahayakan kenderaan lain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video dashcam yang dimuat naik di platform Facebook, kelihatan pemandu itu cuba untuk ‘cucuk’ rapat kereta dihadapannya dipercayai bagi mengelak membayar tol.

Pemilik video yang pada ketika itu cuma untuk menghalang perbuatan pemandu tersebut dengan memperlahankan kenderaan, namunsiapa sangka, keretanya pula yang dilanggar oleh pemandu kereta waja itu.

Dapat juga kita lihat pemandu waja tersebut ‘selamba’ beredar seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan setelah melanggar kereta orang lain.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Plaza Tol Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) semalam.

Video yang tular di laman Facebook:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 148K tontonan dan 281 komen di applikasi Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan segelintir pengguna jalan raya yang mengambil kesempatan terhadap orang lain sehingga mendatangkan kemalangan

Tidak cukup dengan itu, para netizenjuga geram dengan sikap pemilik video yang hanya membiarkan pemandu kereta waja itu pergi tanpa menuntut sebarang hak sebagai pengguna jalan raya.

Bukan itu sahaja, para netizen juga akui andai mereka yang berada di tempat pemilik video, pasti mereka akan menegakkan kebenaran dan meminta ganti rugi kerana dia dilihat sengaja enggan membayar tol.

“kalau tak mampu bayar tol, balik kampung.. jangan dok belagak nak jadi orang kl”

“lain kali terbalikkan smart-tag tu atau pakai ic touch dekat touch n go.. buat2 tak ada baki dalam tng.. reverse jauh2 dulu”

“apa bodoh la tol pun taknak bayar.. malu malu, kesian pun ada”


“kalau dah miskin hina, jangan buat macam tu.. tak mampu bayar tol jangan pakai kereta..”