“Ingatkan budak kecil,” Pandai Buka Pintu, Netizen Teruja Bila Tahu Ryan Rupanya Kucing

Tipulah kalau korang cakap korang tak pernah terkunci dari luar rumah sebab lupa nak bawak kunci. Bila dah jadi macam tu, mesti kita akan minta tolong orang kan?

Persis seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini namun pertolongan yang diberi bukanlah dari manusia. Tapi sebaliknya!

Video yang dikongsi oleh @sarahbilly01 menunjukkan dirinya terkunci dari luar rumah lalu meminta bantuan daripada ‘seseorang’ yang berada di dalam rumah tersebut.

Wanita itu turut memanggil-manggil nama “Ryan”. Ramai yang menyangka Ryan ialah seorang budak lelaki kerana sementara wanita tersebut memangil nama itu, tombol pintu dilihat terpusing sedikit dan mengambil masa agak lama untuk pintu tersebut dibuka.

Namun makhluk yang muncul di sebalik muka pintu mengundang dekah ramai. Tangannya kecil dan berbulu-bulu, perlahan-lahan dia membuka pintu untuk wanita tersebut. Rupa-rupanya Ryan ialah seekor kucing!

Netizen terhibur melihat gelagat Ryan dan sempat memuji kucing itu kerana pandai membuka pintu untuk tuannya yang terkunci dari luar.

Ramai yang tertipu dengan wanita tersebut kerana menyangka Ryan ialah anaknya yang berumur 2 tahun ke bawah. Pun begitu, netizen geli hati melihat kecomelan encik meow.

Video berdurasi 25 saat yang dimuat naik ini tular dengan jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta! Ia juga berjaya mencuri perhatian ramai dengan meraih 310.8 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@sarahbilly01 Ryan cepat buka pintu🤣🤣#kucingtiktok11 #fyp ♬ Gatal – Janna Nick

Dalam satu muat naik terbaru, tuan kepada Ryan iaitu Alysn Cha ada menjelaskan bagaimana Ryan membuka pintu tersebut dari dalam.

Mcam mana Rayan buka pintu dari dalam?

@thealysncha.official Macam mana RYAN bukak pintu dari dalam? #OurRyanTontol #SiameseRagdoll #catsofinstagram #BudakLongkang ♬ DJ Bon Bon Remix (New) – Naddyy

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengaku mereka tertipu di sebalik nama Ryan kerana nama tersebut jarang dinamakan pada haiwan peliharaan sebaliknya kepada manusia. Selain itu, mereka turut memuji kecomelan Ryan.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Sorry mak lambat sikit buka , tengah bancuh whiskes tadi 😌”

“lol aku igt anak dia dlam umur 2 tahun gitu 🤣🤣🤣 .aku tertipu ..”


“hahahaha.. ingat Ryan ni budak kecil tapi anak bulus rupanya. Comel🥰”