Malaysia terdiri daripada pelbagai negeri, bangsa, kaum dan agama yang membuatkan ianya berbeza dan unik. Oleh itu, mereka mempunyai adat tersendiri.

Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat itu sendiri apatah lagi jika berlangsungnya majlis pertunangan atau pernikahan, setiap negeri ada adat mereka yang tersendiri dan masih diamalkan sehingga kini.

Sama juga dengan kisah yang tular baur-baru ini dimana seorang gadis berkongsi pengalaman bertunangnya dengan orang Perak telah menarik perhatian ramai.


Menersi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @makrarara, kelihatan gadis itu sedang berada di atas pelamin bersama bakal ibu mertuanya pada majlis pertunangannya.


Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila bakal mak mentuanya itu tiba-tiba mengambil daun sirih dan menyuap ke dalam mulutnya.

Pada awalnya, wanita ini sangkakan tunangnya itu hanya bergurau tentang adat makan daun sirih. Sekali dia terkejut apabila perkara itu benar-benar berlaku semasa hari pertunangan mereka.

Dikatakan, ianya merupakan adat orang Perak apabila bakal mak mentua menyuap daun sirih, itu adalah simbolik tanda pinangan mereka diterima.

Apa yang lebih melucukan adalah, wanita ini ‘blur’ dengan situasi tersebut kerana pertama kali berdepan atau melihat adat itu malah tanpa sedar dia bersalaman semula dengan bakal ibu mertuanya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@makrarara Cuba share pengalaman tunang korang 🤭#sirehjunjung #engagement ♬ original sound – Tyramishu

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 502.2K tontonan, 25.8K tanda suka, 1214 komen dan 599 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat reaksi wanita ini yang pertama kali mengetahui tentang adat orang Perak ini.

“Orang Kedah suap padi ke? Orang Nismilan tunang kena suap cili api” – Netizen

Malah dalam masa yang sama, para netizen juga sempat berseloroh tentang adat negeri masing-masing dan makanan apa yang disuap ke mulut semasa bertunang.

Antara komen warga maya: