[VIDEO] Sedih Difitnah Sihir Anak Saudara Sendiri, Wanita Tampil Buat Penjelasan

Sihir adalah ilmu berkaitan perbuatan halus melalui pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin yang lebih berfokus kepada perbuatan untuk menyakiti, memudaratkan atau mengelirukan manusia.

Terbaharu, tular di media sosial di mana seorang wanita yang digelah Kak Gee berkongsi kisah duka dua orang anaknya yang sakit dipercayai terkena buatan sihir.

Bahkan, pelbagai alternatif yang dilakukan oleh wanita ini dalam memastikan anaknya kembali sembuh seperti sedia kala.

Bagaimanapun, menerusi rawatan terbaru yang dilakukan oleh wanita itu, seorang lelaki yang juga merupakan perawat mengatakan anaknya terkena sihir yang ‘dihantar’ dari kalangan ahli keluarga sendiri.

Dakwaan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan keluarga memandangkan ianya fitnah.

Menerusi perkongsian wanita itu di media sosial ramai netizen yang bersimpati terhadapnya kerana tidak sangka bahawa adik beradik sendiri sanggup berbuat demikian. Ada juga yang turut menghentam adik beradiknya.

Namun, setelah dihentam dan dipersoalkan oleh netizen seorang wanita yang dikenali sebagai Rohayu Ramli tampil berkongsi kisah benar yang dialami oleh mereka.

Dia yang juga merupakan adik kepada wanita itu menjelaskan tuduhan tersebut merupakan satu fitnah kepadanya dan keluarga bagi membersihkan nama mereka.

Tak sangka keluarga sendiri sanggup tuduh

katanya dalam perkongsian tersebut dia tidak menyangka namanya dan suami disebut dan difitnah sebegitu rupa tanpa bukti apa-apa.

“Budak yang telah dirasuk tu menyebut nama suami saya sendiri dengan jelas melalui video record.

“Setelah saya tahu suami saya dituduh saya sampaikan perkara ni kepada dia. Lepas dapat tahu daripada saya, dia menangis dan saya sendiri pun menangis sebab kitorang tak sangka keluarga sendiri sanggup untuk menuduh kami tuduh melulu tanpa bukti apa-apa.”

Tambahnya lagi, sebelum ini dia telah mencabar kakaknya untuk menghantar sihir pemisah kepadanya dan suami jika benar dia yang melakukan sihir terhadap keluarga Kak Gee.

Rohayu juga menjelaskan, walaupun difitnah sedemikian, dia sudah pun memaafkan individu tersebut dan menyerahkannya perkara ini kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Video penjelasan Rohayu

“Demi ALLAH SWT apa yg saya buat ini bukan untuk membuka aib kakak saya, tetapi utk menjelaskan kepada nitizen semua berkenaan kronologi yg berlaku antara saya dan sifulan sehingga memaksa saya membuat live ini”

Terbaru, Kak Gee, ibu kepada dua orang remaja yang dipercayai disihir itu tampil menjawab segala persoalan tentang perkara ini.

Menurut wanita itu, dia sama sekali tidak tahu perawat yang hadir ke rumahnya itu mencetak gambar ahli keluarga sebagai satu kaedah rawatan.

“Kak Gee sendiri tak tahu ustaz tu print gambar, dia minta Kak Gee gambar hanya nak tengok katanya tetapi sebaliknya lain jadi.

“Kak Gee sangat kecewa dengan tuduhan ni dan dalam masa yang sama dia nak bawa anak Kak Gee ke Perlis untuk rawatan katanya.

“Sebelum tuu die dah bawa ke homestay dia untuk rawatan Kak Gee pon benarkan tanpa berfikir panjang, tetapi benda ni terbalik pada Kak Gee dengan tuduhan Kak Gee menyihir.”

“Apabila anak Kak Gee kene rasuk ustaz tanye siapa tuanya jadi dia sebut nama sekian-sekian, lepas itu ustaz minta nak tengok gambar orang yang disebut anak Kak Gee ketika kene rasuk,

“Apabila Kak Gee tanya die nak buat apa dia kata ni bukan urusan Kak Gee, jadi Kak Gee memang tak pernah tahu tentang gambar-gambar tu..”

Menurut Kak Gee, dia hanya menyedari kaedah ‘cucuk jarum’ yang digunakan oleh perawat itu selepas salah seorang anaknya menunjukkan satu video yang memaparkan gambar-gambar ahli keluarganya yang telah dicetak.

Kak Gee mengakui sangat terkejut dengan tindakan perawat berkenaan. Jelasnya lagi, dia pernah memberitahu ustaz berkenaan bahawa cara rawatannya secara tidak langsung akan membuatkan ramai orang menyalah anggap dengan perbuatan syirik.

Namun, ustaz tersebut meminta supaya Kak Gee tidak mempersoalkan cara rawatannya.

“Kak Gee hanya terima siapa yang datang nak merawat anak Kak Gee. Kak Gee tak siasat siapa dia. Cuma dia (perawat) ada kata dekat Kak Gee, dia dapat ilmu di Mekah.

“Dia boleh nampak semua. Dia tanya nama orang yang anak Kak Gee sebut masa rasuk, jadi Kak Gee cakaplah yang orang tu pernah berbalah dengan Kak Gee.

“Dia minta nak tengok, Kak Gee hantar guna WhatsApp. Gila ke aku nak buat?”

Pada masa sama, Kak Gee berharap agar orang ramai yang tidak tahu perkara sebenar supaya tidak menuding jari menyalahkan dirinya namun kurang senang dengan tindakan beberapa pihak yang menuduh dia punca semua ini berlaku.

“Mereka buka aib saya dalam live, cakap saya kena kifarah. Tak payah cakap saya kena kifarah, hanya Allah boleh tentukan.

“Tak perlu jatuhkan hukuman dosa pahala orang lain dalam live. Saya tak rela orang buat live semata-mata nak view (tontonan).”

Malah Kak Gee turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat di dalam konflik ini dan berharap ianya dapat diselesaikan dengan segera.